TNG DIGITAL MEMBAWAKAN TEKNOLOGI DI MASJID AR-RAHAH
Sebagai salah satu usaha untuk menjadikan teknologi lebih inklusif, TNG Digital mengumumkan kerjasama dengan Masjid Ar-Rahah di Kampung Kerinchi, dengan memperbaharui cara orang ramai menghulurkan sumbangan serta derma dengan menggunakan Touch ‘n Go eWallet.
Para jemaah masjid tersebut kini boleh
menghulurkan sumbangan serta derma dengan hanya menekan butang pada telefon
pintar mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn
Bhd, Syahrunizam Samsudin ketika ditemui di majlis tersebut berkata, “Kami mahu
menjadikan teknologi lebih inklusif dan membantu ahli komuniti di Kampung
Kerinchi menerusi platform yang mudah dan selamat.”
Kerjasama ini turut menandakan permulaan
program selama setahun yang merangkumi beberapa aktiviti seperti berikut:
- Generasi 13 (G13) - Satu kelas khas untuk golongan remaja yang menekankan aspek kesempurnaan dan falsafah 13 Rukun Solat, sebagai asas pembangunan insan. Program ini dibentuk bagi membina jati diri golongan remaja dalam menghadapi pelbagai cabaran sosial yang dinamik dan melahirkan pemimpin generasi akan datang yang seimbang.
- Ar-Rahah De Hearty (Gotong-royong) - Bertemakan Go Green: Clean Mosque, Clean Heart, program kemasyarakatan ini memberikan penekanan kepada aktiviti seperti senamrobik, gotong-royong dan pencarian harta karun bagi mengeratkan lagi hubungan antara ahli komuniti Kampung Kerinchi melalui pengisian aktiviti yang kreatif.
- e-Keusahawanan (i-Entrepreneur) - Seminar keusahawanan yang bertumpukan kisah-kisah kejayaan tokoh-tokoh korporat, cabaran di dalam dunia keusahawanan, inovasi produk dan kepentingan penggunaan teknologi di dalam rangkaian Syariat Islam.
- Kembali ke Sekolah (Back-to-School) - Inisiatif tanggungjawab sosial korporat(CSR) bagi membantu kanak-kanak di dalam komuniti ini dengan menyediakan kelengkapan untuk ke sekolah, sesi motivasi, menggunting rambut dan berkhatan.
Wakil Masjid Ar-Rahah, Ustaz Khairul
Hafiz berkata, “Kita perlu belajar menerima penggunaan teknologi dengan hati
yang terbuka kerana ia dapat membantu meningkatkan taraf hidup serta ahli
masyarakat di sekeliling kita. Menerusi program bersama-sama TNG Digital, kami
dapat membentuk pemimpin pelapis yang lebih seimbang”.
Penggunaan QR di Masjid Ar-Rahah bakal
membuka peluang kepada masjid-masjid lain di seluruh negara untuk menggunakan
teknologi yang sama bagi membantu menyelaraskan operasi harian serta kutipan
derma mereka.
“Setiap sumbangan sama ada kecil atau
besar, adalah sangat bermakna. Kami berharap melalui penggunaan teknologi,
kutipan derma kini mudah dan selamat,” kata Syahrunizam.
Touch ‘n Go eWallet merupakan antara
aplikasi e-Dompet yang paling pesat berkembang di Malaysia dengan 2.3 juta
pengguna berdaftar.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini, sila kunjungi https://www.tngdigital.com.my/ dan log ke www.facebook.com/touchngoewallet/. Aplikasi e-Dompet ini boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store.
Comments
Post a Comment