"A CANTONESE HERITAGE CELEBRATION" DI SUNWAY VELOCITY
Dari 5 Januari sehinggan 19 Februari 2019, Sunway Velocity Mall bakal membawakan kempen Tahun Baru Cina yang terbesar. Ruang dalam pusat membeli-belah ini bakal dihiasi struktur rumah atau bangunan dari zaman silam daerah Guangdong dan Guangxi, negara Cina.
Bertemakan “A Cantonese Heritage Celebration”, para pengunjung pusat membeli-belah ini bukan sahaja dapat menikmati kemeriahan membuat persiapan Tahun Baru Cina, malah memperlajari budaya Kantonis yang simbolik. Contohnya, hujung atap bangunan adalah diilhamkan dari daeran Lingnan, dan berbentuk seperti telinga membawa makna simbolik tuah dan kekayaan.
Terletak di atrium, sebuah pasar bunga-bungaan yang wangi dan segar. Selaras dengan tema “A Cantonese Heritage Celebration” terdapat pelbagai aktiviti budaya Kantonis seperti bengkel membuat topeng opera, kaligrafi Cina, dan persembahan opera dan lagu-lagu klasik Kantonis untuk dinikmati oleh pengunjung.
Velocity Mall turut menganjurkan persembahan tarian singa akrobatik, seni Kungfu Wong Fei Hong, penampilan "God of Prosperity" dan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak pertandingan ‘Little Miss Cheong Sam’.
Beraneka barangan untuk persiapan menambut kehadiran Tahun Baru Cina juga boleh didapati di gera-gerai di Main Atrium. Anda boleh membeli hamper hadiah, pakaian tradisional Cina kanak-kanak, kuih raya, teh Cina, dan banyak lagi. Para pembali jga boleh mendapatkan pakaian, kasut dan aksesori baru di Miss Selfridge, Calvin Klein Watches + Jewelry, Superdry, Hush Puppies, Lacoste, Burton Menswear London, Under Armour, ECCO, dan banyak lagi.
Pembeli boleh menebus sampul angpau percuma dengan pembelian minima RM300 (RM200 untuk pemegang kad kredit HSBC) dalam dua resit. Pembelian RM600 (RM500 untuk pemegang kad kredit HSBC) dalam tiga resit melayakkan anda untuk menerima set teh Kantonis (Dua pilihan corak yang unik). Tambahan pula, para pembeli berpeluang untuk memutarkan “The Wheel of Fortune” untuk memenangi bauer tunai bernilai RM100 dengan pembelian RM1,500 (RM1,400 untuk pemegang kad kredit HSBC) dalam 5 resit. Akhir sekali, pembeli dengan pembelian RM3,000 (RM2,900 untuk pemegang kad kredit HSBC) dalam 6 resit layak untuk menebus beg bagasi 20” Cosas United.
Kunjungilah Sunway Velocity Mall dan nikmati suasana membeli-belah Tahun Baru Cina yang meriah dan berbaloi dengan pelbagai penebusan hadiah dan promosi.
Untuk maklumat
lanjut, sila layari www.sunwayvelocitymall.com atau
ikuti laman Facebook Sunway Velocity Mall.
Comments
Post a Comment