"A REGAL CELEBRATION" DI PAVILION KUALA LUMPUR



Sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, Pavilion Kuala Lumpur telah ditransformasi dengan hiasan yang diinspirasikan oleh kegemilangan maharaja Cina dahulu kala. Bertemakan “A Regal Celebration”, hiasan Tahun Baru Cina ini bakal dipamerkan mulai sekarang sehingga 19 Februari 2019.

Sepasang singa emas di pintu masuk utama Pavilion KL mengalu-alukan kedatangan para pengunjung, tempatan dan luar negeri ke destinasi membeli-belah yang pernah memenangi 44 anugerah ini. Pintu masuk utama juga dihiasi tanglung merah yang menjadi sebahagian daripada kempen “The Big Wish”.

Alamilah suasana kemeriahan Tahun Baru Cina di Centre Court yang menampilkan Balai Diraja yang lengkap dengan Singgahsana Naga dan dikelilingi pohon-pohon emas, tiang-tiang serba mewah dan tanglung merah yang bertuah.


Ruang legar Pavilion KL yang dihiasai umpama Balai Diraja Cina zaman dahuku kala.

Bunga-bunga berkembangan menandakan ketibaan musim bunga yang sinonim dengan Tahun Baru Cina.

Sebuah pameran khas oleh pereka Shiatzy Chen, menampilkan koleksi fesyen chic neo-Cina juga sedang berlangsung di Spanish Steps, Aras 3. 

Dapatkan gambar dengan pakaian Maharaja dan Maharani Cina di Pavilion KL. 

Upacara menurunkan chop mohor untuk melancarkan "A Regal Celebration" di Pavilion KL.

Sambutan Tahun Baru Cina tidak lengkap jika tidak disertai dengan acara "Lou Sang"

Tarian Singa Akrobatik yang mendebarkan di pintu masuk utama Pavilion KL.

Persembahan Tarian Singa yang disaksikan oleh pengunjung-pengunjung tempatan dan luar negara.

Acara pelancaran ‘A Regal Celebration’ telah disempurnakan oleh Dato’ Yean Yoke Heng, timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan; Dato’ Joyce Yap, CEO of Retail, Pavilion Kuala Lumpur; Pavilion REIT Board of Directors: Dato’ Maznah Abdul Jalil, Dato’ Frank Choo dan Syed Mohd Fareed bin Shaikh Alhabshi; Mr. Philip Ho, CEO of Pavilion REIT; Dato' John Chong, Group Chief Executive Officer, Community Financial Services of Maybank; and Datuk Zulkefli Hj. Sharif, Chief Executive Officer of MYCEB. 

Penebusan Angpow eksklusif boleh dibuat dengan pembelian minima berjumlah RM500 dalam dua resit. Untuk pemegang kad Maybank, dapatkan set hadiah angpow dengan pembelian RM1,500 di salam satu resit dengan menggunakan KAd-kad Maybank mulai 10 Januari 2019.

Para pengunjung jga berpeluang untuk memenangi  tiga utas rantai leher emas 18K dan berlian 12 Treasures dari TSL Jewellery yang bernilai RM4,690 setiap satu dengan pembelian minima RM300 dalam satu resit.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pavilion-kl.com, atau hubungi Pavilion KL’s Concierge di talian 03 2118 8833.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"