AIA ELITE ACADEMY TINGKATKAN PROFESIONALISME AGENSI

(Dari kiri ke kanan) Elmie Aman Najas, Ketua Pegawai Eksekutif, AIA PUBLIC Takaful Bhd.; Anusha Thavarajah, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd.; Ng Keng Hooi, Ketua Eksekutif Kumpulan dan Presiden AIA Group; John Cai, Ketua Eksekutif Serantau AIA Group dan Leong Chee Soong, Ketua Pegawai Pengedaran Agensi AIA Bhd. pada majlis pelancaran AIA Elite Academy.

Syarikat insurans terkemuka, AIA Bhd., berhasrat mengubah landskap perekrutan dan pengambilan tenaga agensi insurans menerusi pelancaran AIA Elite Academy, sebuah program yang pertama seumpamanya dalam industri yang membantu meningkatkan profesionalisme para Perancang Hayat (ejen) baharu dengan melengkapkan diri mereka dengan kemahiran dan ilmu yang sewajarnya demi mencapai kecemerlangan dalam kerjaya masing-masing.

AIA Elite Academy menyediakan program kemasukan eksklusif yang hanya ditawarkan kepada Perancang Hayat baharu yang layak. Silibus pembelajaran yang disediakan memberikan latihan terbaik dikalangan komuniti yang dapat memupuk semangat bekerjasama, sikap profesionalisme yang tinggi dan kesejahteraan hidup.

Program selama 18 bulan ini memberi pengkhususan kepada latihan yang fokus terhadap pengetahuan kewangan dan pemasaran media social dan pada masa yang sama menyediakan latihan individu dan mentor kepada Perancang Hayat. Program ini juga menawarkan pelbagai sokongan lain termasuk skim pembiayaan yang bertujuan membantu Perancang Hayat memulakan kerjaya mereka dengan asas yang kukuh.di AIA. 

Anusha Thavarajah, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd. berkata: “AIA Elite Academy mengalu-alukan Perancang Hayat baharu yang bukan sahaja bersemangat untuk menjadi yang terbaik dalam profesion ini tetapi turut juga berkongsi misi yang sama dengan AIA untuk membantu masyarakat menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna. Program pertama seumpama ini akan memacu potensi calon-calon ke arah mencapai kerjaya sebagai Perancang Hayat yang berjaya, stabil serta memperoleh ganjaran yang bermakna.” 

AIA Elite Academy mengukuhkan lagi komitmen syarikat dalam membangunkan generasi Perancang Hayat baharu yang profesional. Ia juga merupakan salah satu pelaburan jangka panjang AIA dalam membangunkan tenaga agensinya.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI