ALIF & SONAONE SEBARKAN PESANAN POSITIF DALAM LAGU "PUN BOLEH"



“Jangan sekalipun soal kebolehan aku” – Tahun baru, azam baru. Alif dan SonaOne tampil dengan lagu yang sesuai untuk menjadikan tahun 2019 lebih bermakna dan membawa keyakinan. Meneruskan pesanan positif yang telah disemaikan dalam lagu “Obvious”, penerbit dan penyanyi rap berduo Sony-Kartel ini kembali dengan single berbahasa Melayu “Pun Boleh” berserta video muzik animasi arahan Eddie Ezuan terbitan 33.3.

Sememangnya tidak diragui: “Pun Boleh” merupakan satu dedikasi khas yang ikhlas bertujuan untuk membangkitkan keyakinan diri hasil nukilan dua orang artis kontemporari tersohor Asia Tenggara masa kini. 

Sepanjang lagu ini Alif dan SonaOne meraikan kuasa dan potensi golongan yang sering terpinggir dalam lirik dan alunan muzik mereka yang hebat. Namun dalam penyampaian mereka yang penuh karismatik, kebenaran dalam mesej yang disampaikan diperkukuhkan dengan pesanan: “Kalau aku nak, aku pun boleh”. 

Melengkapkan karya ini adalah penerbitan yang jitu gabungan alunan hip hop, R&B, soul serta pop, menjadikan bunyi yang dihasilkan begitu gah dan kaya dengan aneka warna muzik. 

Sebagai bukti yang mereka ‘tidak perlu menjerit’ untuk didengari, Pun Boleh” turut menampilkan mastering oleh Chris Athens, yang pernah bekerja bersama Raekwon, Rick Ross, N.E.R.D. serta Mos Def, manakala adunan muzik mendapat sentuhan Jimmy Cash, yang baru-baru ini terbabit dalam album hebat tahun 2018 Travis Scott yang berjudul Astroworld. 

Seperti muziknya, video muzik lagu ini juga mempunyai dunianya tersendiri. Eddie Ezuan ingin menekankan kreativiti dan potensi yang tidak berpenghujung lewat kuasa animasi sambil mewujudkan seni yang dizahirkan oleh Alif serta SonaOne. 

Oleh kerana itu, naratif video ini mengikuti setiap artis secara berasingan kala mereka menerokai dunia sains fiksyen yang berbeza, sehingga menghasilkan sebuah parti yang epik di mana mereka berdua bergabung dan memberikan persembahan kepada orang ramai sebelum menaiki kapal angkasa dan berangkat ke misi mereka yang seterusnya. 

“Pun Boleh” merupakan bunyi perubahan dan pengecualian. Sambil anda menempuh 2019, jadikanlah lagu ini, tema pembakar semangat anda! 



“Pun Boleh” akan berada di semua platform digital bermula Jumaat, 18 Januari 2019. Pautan: http://lnk.to/PunBoleh

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM