BIKERS KENTAL 2 MEMECUT DI PAWAGAM 14 MAC



Sambungan dari kisah anak muda bernama Bidin Al-Zaifa dari ‘Bikers Kental’, beliau kini sudah mempunyai sebuah perniagaan sendiri dalam bidang permotoran, Bidin memulakan perniagaan dalam air brush dan sticker motor secara kecil – kecilan secara sendiri. 

Rentetan kisah cinta Bidin dengan gadis Thailand bernama Cherry Porntit melalui hubungan jarak jauh, kali ini Bidin bertekad untuk memperisterikan Cherry yang masih lagi menetap di Hatyai. Sebagaimana kali pertama bertemu, Bidin sekali lagi akan ke Hatyai dengan menunggang motosikal kesayanganya, Aprilla RSV4 untuk bertemu kekasih hatinya dan melamarnya. 

Kali ini Bidin akan Hatyai demi cintanya terhadap Cherry secara solo. Bagaimanapun, Bidin kini sudah mempunyai musuh di Thailand, Pornthaliwat Thani yang telah dipenjarakan selepas ditangkap. Dengan ini secara rasminya, Porthaliwat menyimpan dendam terhadap Bidin Al Zaifa. Adakah Bidin akan melalui pengalaman ngeri kerana dendam demi cintanya terhadap Cherry Porntit? Adakah Bidin berjaya memiliki gadis Thailand ini? Segala insiden dan gelagat akan berlangsung sepanjang perjalanan Bidin Al Zaifa ke Hatyai demi sebuah cinta. 


SINOPSIS 
Dimulakan dengan Pornthaliwat yang baru sahaja dibebaskan dari penjara dan disambut oleh Al Buqerk. Pornthaliwat bertanya mengenai Bidin tetapi sehingga sekarang, Al Buqerk masih tidak berjaya menjejaki Bidin. Mereka diculik oleh Khunna, ketua mereka. Khunna meminta wangnya dikembalikan dan menembak mati Pornthaliwat untuk mnegugut Al Buqerk. Sementara itu di Kuala Lumpur, Bidin masih bekerja di Red Garage yang kini telah diambil alih oleh adik kepada Aidil iaitu Aidid selepas Aidil berhijrah ke Los Angeles untuk mengejar impiannya bertemu dengan Paul Senior.


Bidin merancang untuk melawat Cherry dan keluarganya di Hatyai untuk berkenalan dengan lebih dekat sebelum melamar kekasih hatinya itu. Bidin mengajak Eddie menemaninya tetapi Eddie tidak dapat menyertai Bidin memandangkan terdapat beberapa perkara yang harus diselesaikannya di Kuala Lumpur.

Eddie hanya dapat menyertai Bidin beberapa hari kemudian. Bidin akhirnya bergerak seorang diri ke Hat Yai. Semasa di dalam perjalanan, beliau singgah di Dannok untuk berhenti makan tetapi dikejar Al Buqerk yang ternampaknya. Bidin berjaya melepaskan diri dan menyambung perjalanannya ke Hat Yai. Bidin tiba di warung sup dan terkejut melihat Cherry dibantu seorang lelaki yang sangat kacak.

Bidin cemburu dan ingin menyerang lelaki itu yang sebenarnya merupakan abang kepada Cherry bernama Ananda. Selepas Saiya menjual warung sup itu kepada Cherry dan berpindah ke Phuket membuka sebuah lagi warung sup yang baru, Ananda sering pulang ke kampung membantu Cherry menjalankan perniagaannya. Bidin pengsan selepas ditumbuk Ananda.

Disebabkan salah faham itu, Ananda tidak berapa menyenangi Bidin. Bidin kini terpaksa membawa Cherry ke Phuket untuk memohon kemaafan dari Ananda yang sudahpun pulang ke Phuket. Bidin menghubungi Eddie dan menceritakan kejadian yang menimpanya. Bidin meminta pertolongan dari Eddie untuk ke Phuket bagi melindunginya serta berbohong mengenai cincin melamar yang sengaja ditinggalkannya di rumah untuk memujuk Eddie mengikutnya. Bidin dan Cherry akhirnya berangkat ke Phuket dan disambut oleh Saiya.



Saiya mengajak mereka bermalam di rumahnya. Keesokan hari, mereka bertemu dengan Ananda untuk meminta maaf tetapi Ananda masih tidak berpuas hati dengan Bidin. Dalam masa yang sama, Eddie dan Aidid memulakan perjalanan menuju ke Phuket. Saiya menjemput Bidin bermalam sahaja di rumahnya tetapi Bidin terpaksa menolak pelawaan itu. Mujur Eddie dan Aidid tiba di Phuket, mereka bertemu di sebuah gerai. Semasa menemani Eddie dan Aidid makan, mereka diserang Al Buqerk.

Eddie dan Aidid melindungi Bidin, Al Buqerk dan kuncu-kuncunya meninggalkan mereka selepas terdengar siren polis. Keesokan hari, Bidin demam. Cherry terpaksa pulang ke kampong tanpa sempat memberitahu kepada Bidin kerana tidak mahu mengganggunya. Beliau sempat berpesan kepada Eddie dan Aidid.

Sepanjang ketiadaan Cherry, beliau meminta Saiya menghantar ubat dan makanan kepada Bidin. Saiya melayan Bidin dengan baik sehingga Bidin hampir tergoda dengan Saiya itu tetapi Cherry tiba – tiba masuk ke bilik hotel dan terkejut mendapati Saiya dan Bidin tidak berbaju.

Cherry sangat sedih dengan kejadian itu melarikan diri menggunakan Tuk Tuk yang sebenarnya dipandu Al Buqerk. Bidin mengejar Cherry, Ananda yang sedang tunggu di bawah tidak mengerti kejadian itu. Saiya turun dan Ananda terdengar perbualannya bersama Al Buqerk yang sebenarnya sudah merancang untuk memerangkap Bidin dan Cherry. Ananda pergi meminta pertolongan dari rakan-rakannya. Bidin meminta maaf kepada Cherry yang masih di atas tuk tuk dan cuba menjelaskan kedudukan perkara sebenar.

Cherry tidak mahu mempercayai Bidin. Bidin meminta pemandu tuk tuk berhenti tetapi terkejut mendapati beliau ialau Al Buqerk. Bidin meminta Cherry turun tetapi Cherry enggan. Mereka di bawa ke sebuah tempat dan diculik. Cherry menyalahkan Bidin kerana disebabkan Bidin semua perkara ini terjadi. Bidin meminta Cherry bertenang dan sama-sama mencari jalan melepaskan diri.


Al Buqerk untuk berhenti kerana beliau perlu ke tandas kerana sakit perut. Al Buqerk menemaninya ke tandas untuk memastikan Cherry tidak dapat melarikan diri. Semasa hendak bergerak dari situ, Eddie dan Aidid yang kebetulan berhenti di di tempat yang sama ternampak mereka. Eddie dan Aidid mengekori mereka dari jauh. Kereta itu tiba di sebuah banglo.

Bidin dan Cherry terkejut apabila mendapati Saiya sedang menanti mereka di situ. Cherry merayu kepada Khunna untuk tidak mengapa - apakan Saiya dan menawarkan dirinya untuk diganti dengan Saiya. Khunna bertanyakan mengenai wang yang pernah ditemui Bidin suatu ketika dahulu dan meminta beliau memulangkannya kembali kepadanya.

Eddie dan Aidid menyamar sebagai pelayan dan menyelinap masuk ke dalam. Al Buqerk dan Saiya melarikan Cherry. Bidin mengejar mereka. Ananda turut mengekori Bidin bagi menyelamatkan adiknya. Khunna dan kuncu-kuncunya berjaya ditumpaskan oleh rakan-rakan Ananda bersama-sama Eddiedan Aidid.

Eddie dan Aidid membawa bersama isteri Al Buqerk bersama mereka. Al Buqerk yang terlalu emosi kerana isterinya kini membencinya kerana Al Buqerk asyik menghilangkan diri dan tidak menjalankan tanggung jawab sebagai suami dengan betul. Al Buqerk yang lalai dengan emosinya melepaskan Cherry tanpa sedar.

Kesempatan itu diambil Bidin dan Ananda menyerangnya sehingga tumpas. Cherry meminta maaf kepada Bidin kerana telah salah sangka padanya. Bidin akhirnya melamar Cherry selepas mendapat kemaafan dan restu dari Ananda.


Bikers Kental 2
Bahasa: Malaysia
Tarikh Tayangan: 14 Mac 2019
Genre: Komedi
Pengedar: TGV Movies
Pelakon:Zizan Razak, Dato' Awie, Afdlin Shauki, Brnt Palarae
Pengarah: Helmi Yusof


 

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI