CITARASA ANTARABANGSA DI SUNFLOWERS BRASSERIES



Kembara keliling dunia tanpa meninggalkan meja makan anda? Jom kita ke Hotel Royale Bukit Bintang untuk menikmati citarasa antarabangsa di Sunflowers Brasserie. Hidangan bufet dengan menu masakan Timur dan Barat ini hanya boleh didapati pada setiap hari Sabtu, jam 7petang sehingga 10malam.

Terdapat beberapa stesen masakan di mana anda boleh memilih ramuan dan cara masakan mengikut citarasa anda sendiri. Makanan yang segar disediakan oleh chef-chef berpengalaman pasti dapat menambat selera anda.  


Sunflower Brasserie terletak di aras 1, Royale Chulan Bukit Bintang. Ruang makannya selesa dengan hiasan dalaman yang ringkas tetapi menarik. Anda boleh meminta untuk duduk di meja berhampiran tingkap untuk melihat pemandangan jalanraya yang sibuk dengan warga kota lalu-lalang.

Chef akan memasak makanan laut kegemaran anda dengan tiga pilihan sos yang sedap - Sweet & Sour, Chinese Black Pepper dan Spicy Sour Thai.


Pilihan makanan laut yang segar. Tetamu boleh memilih porsi dan jenis makanan yang digemari untuk dimasak oleh chef yang bertugas.

Pasta Corner - Tetamu boleh memilih daripada tiga jenis pasta iaitu spaghetti, fettuccine dan penne. Dua jenis sos iaitu bolognese (tomato) dan carbonara (krim)  

Stesen Mi Bandung Muar

Peha kambing panggang. Lazat dicicah dengan sos pudina atau sos lada hitam.

Ayam Masak Halia. 

Grilled Mini Steak with Black Pepper Sauce

Ayam Goreng Berempah. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi lemak panas.

Kepada yang makan sayur sahaja, anda boleh mencuba Vegetarian Fish. 

Kambing panggang dengan sos lada puree lada hijau.

Aneka kerabu dan pembuka selera. Mesti cuba - Kerabu sotong (depan). Antara hidangan lain adalah Makanan Laut rebus dengan sos koktail, Pasta Salad, Greek Salad, Tuna Salad, Coleslaw, Kerabu Mangga Muda, Kerabu Ayam dan Kerabu daging, 

Garden Salad yang segar dengan buah zaitun.

Aneka kek dan manisan yang lazat. Juga terdapat buah-buahan tropika, French Pastries, kuih Melayu, puding, jeli dan sebagainya.

ABC Layan Diri 

Cream Puffs

Kuih Pau Manis

INTERNATIONAL BUFFET DINNER
RM78.00 nett (Dewasa)
RM40.00 nett (Warga Emas & Kanak-kanak)
Harga adalah bersih (nett) termasuk 6% Service Tax.

Laman Facebook: royalechulanbukitbintang
Laman Instagram: @royalechulanbukitbintang
Laman Web: www.royalechulan-bukitbintang.com
Alamat: 17-21, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: (603) 2147 9898
Fax: (603) 2145 9558

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING