DEMO MUZIK JEPUN OLEH HIROMU MOTONAGA & AZUMI YAMANO



Yayasan Jepun Kuala Lumpur atau The Japan Foundation Kuala Lumpur bakal menganjurkan demonstrasi muzik tradisional Jepun oleh Hiromu Motonaga dan Azumi Yamano di Sabah pada 29 & 30 Januari 2019 dan di Kuala Lumpur pada 31 Januari 2019. Mr Hiromu Motonaga dan Ms Azumi Yamano bakal diterbangkan dari Jepun untuk memperkenalkan dua jenis alat muzik tradisional Jepun iaitu Shakuhachi dan Koto. 

Orang ramai dialu-alukan untuk hadir ke demonstrasi tersebut untuk mengenali lebih dekat muzik tradisonal Jepun. Masuk adalah percuma.


Untuk maklumat lanjut, sila layari jfkl.org.my atau hubungi The Japan Foundation, Kuala Lumpur di press@jfkl.org.my dan talian 03 2284 6228.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!