HIDANGAN THAI BERPANORAMA DI IMPERIAL CHAKRI PALACE SKYVIEW



Imperial Chakri Palace Skyview adalah rangkaian restoran Thai yang popular di Malaysia. Selepas KLCC dan Pavilion, kini cawangan terbarunya di Sri Hartamas membuka pintunya!

Terletak di aras bumbung Hotel Dorsett Hartamas, Imperial Chakri Palace Skyview bukan sahaja menjanjikan hidangan Thai yang lazat dan autentik, malah panorama yang indah sekali dari tingkat 27 bangunan tersebut.

Chakri Palace Skyview & Raintree Skybar kini dibuka.

Keluar sahaja dari lif, anda akan dialu-alukan oleh pemandangan indah kolam renang di aras 27.

Pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang indah sekali - nun di sana, kelihatan Istana Negara tersergam indah, bangunan ikonik Malaysia - KLCC, Menara KL dan Menara Exchange 106 (TRX).  

Suasana yang santai dan berangin di atas bumbung Hotel Dorsett Hartamas.

Pintu masuk ke Imperial Chakri Palace Skyview kini dibuka!

Bilik makan VIP untuk privasi.

Gambar raja-raja Thai menghiasi dinding restoran ini. Ketua tukang masak Chakri Palace pernah bekerja di Istana Thailand. Citarasa yang dibawakan oleh Chakri Palace adalah umpama santapan diraja Thai.   

Ruang makan yang selesa dan luas. Berdindingkan panel kaca supaya agar para pelanggan dapat menikmati pemandangan indah di luar sana sambil makan. 

Kerabu Mangga - Pasti terkecur air liur apabila terlihat gambar ini, kan?

Kari Hijau Ayam - daging ayam yang empuk di dalam kuah cili hijau bersantan. 

Glass Noodles Salad - sejenis kerabu Sihun Thai

Hidangan Thai rasanya tidak lengkap tanpa Sup Tom Yum yang pedas berlemak ini. 

Ikan stim dengan limau nipis dan cili. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih.

Chakri Homemade Fish Cake - Ketulan Ikan yang digoreng dan dimakan dengan sos cili Thai. 

Siapa tidak kenal manisan Thai yang terkenal ini? Pulut Mangga 

Chakri Red Ruby Water Chestnut & Vanilla Icecream

Jangan merasa pelik kerana restoran ini turut menawarkan hidangan pizza. Ia sebenarnya untuk Raintree Skybar tetapi anda juga boleh memesan hidangan ini untuk dinikmati bersama masakan Thai yang lain.


Secara kesimpulannya, Imperial Chakri Palace Skyview mempunyai dua tarikan utama. Satu - hidangan Thai yang autentik ala istana, Kedua - suasana restoran yang selesa dan cantik dengan pemandangan yang sukar untuk ditandingi oleh restoran-restoran lain. 



Setelah menikmati hidangan makan malam, anda juga berpeluang untuk meneruskan aktiviti bersantai di Raintree Skybar & Lounge yang lengkap dengan bilik cigar dan ktv. 

Jika anda hendak mengambil hati si dia atau mengagumkan client anda, Imperial Chakri Palace Skyview ini amat sesuai sekali. Hidangan yang sedap dengan pemandangan yang indah. Sesiapapun akan cair dengan layanan sebegini.

Minuman Pandan Madu yang menyegarkan. 

Pemandangan senja dari Raintree Skybar & Lounge

IMPERIAL CHAKRI PALACE SKYVIEW

Alamat: Rooftop Level 27, Hotel Dorsett Hartamas, Sri Hartamas, Kuala Lumpur

Telefon: 016 2277 186/ 016 2277 170

Facebook: https://www.facebook.com/ChakriMY/

Instragram: https://www.instagram.com/chakripalace/




Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?