JULIE'S LANCAR KEMPEN "WHAT'S YOUR LOVE LETTERS?"



Sempena menyambut ketibaan perayaan Tahun Baru Cina, Julie’s Love Letters  melancarkan promosi pameran bergerak (roadshow) pada 11hb Jan sehingga 3hb Feb, 2019 untuk menyebarkan keriangan dan kasih sayang di seluruh Malaysia! Tahun ini merupakan tahun kelima (5) berturut-turut Julie’s menganjurkan kempen “What‘s Your Love Letters?”

Kempen ini sentiasa mendapat sambutan balk dan tahun ini Julie's meneruskan tradisi ini untuk menggalakkan orang ramai meluahkan kasih sayang melalui penulisan mesej. 

Dari 8hb Jan hingga 3hb Feb, 2019, hantar mesej anda bersama-sama dengan resit pembelian melalui mel atau masukkan ke dalam kotak di gerai promosi Julie’s untuk mengambil bahagian dalam pertandingan kempen "What's Your Love Letters". 

15 pemenang bertuah berpeluang memenangi baucar makan malam bernilai RM1000 yang boleh dikongsi bersama-sama ahli keluarga tersayang musim perayaan ini. 

Dengan pembelian 2 tin Julie‘s Love Letters 700 gram, anda berpeluang memenangi satu (1) tin Julie’s Love Letters Cocoro Vanilla 400 gram! Peluang ini terhad untuk 128 tin biskut di setiap pameran bergerak, sementara stok masih ada. 

Dengan pembelian Julie’s Love Letters 700 gram, anda berpeluang membawa pulang salah satu (1) daripada tiga beg bertuah "Fudai”. Kumpulkan ketiga-tiganya dan bawa pulang kasih saying daripada kami. Julie’s akan bekerjasama dengan Lazada dan Shopee untuk menganjurkan promosi terhad Julie’s Love Letters. 


 Untuk informasi yang lebih lanjut, sila layari laman Facebook Julie’s Biscuits

Comments

Popular posts from this blog

ADAM LEE DAN SITI KHADIJAH BERSATU DALAM DI SEBALIK REDA BAKAL MENGUSIK JIWA PENONTON MULAI 30 JUN 2025

GELAGAT JANNA NICK DAN DINI BAKAL MENCUIT HATI PENONTON DALAM DRAMA ‘SELAMAT PENGANTIN HARU!’

“SENTUHAN WIRA”: FILEM AKSI SUKAN TENTANG DETIK BERSEJARAH KEMENANGAN PIALA THOMAS 1992 KINI DILANCARKAN