KOLEKSI DISNEY TSUM TSUM X CATHY DOLL KINI DI GUARDIAN!



Guardian Malaysia meneruskan usaha untuk menawan hati pelanggannya dengan menambah satu lagi jenama kecantikan terkemuka ke dalam portfolio tawaran eksklusifnya yang kian berkembang. Yang pertama untuk tahun 2019 adalah Disney Tsum Tsum X Cathy Doll. 

Koleksi istimewa produk solekan yang comel ini kini boleh didapati secara eksklusif di Guardian.

(Dari Kiri) Mr. Wongwiwat Theekhakhirikul, Mr DY Cho and Mr. Pongwiwat Theekahkhirikul di pelancaran koleksi solekan Disney Tsum Tsum X Cathy Doll

Berucap di majlis pelancaran koleksi tersebut hari ini, DY Cho, Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara, Guardian Health And Beauty Sdn Bhd berkata: “Sebagai peneraju perniagaan runcit kesihatan dan kecantikan di Malaysia, Guardian mengutamakan kehendak pelanggan dan jenama mana yang sedang menjadi trend terhangat dalam pasaran kesiahatan dan kecantikan global.


Produk kosmetik Disney Tsum Tsum X Cathy Doll amat menepati citarasa semasa dengan kombinasi karakter Tsum Tsum berilhamkan Disney yang sangat comel sebagai bungkusan kepada produk kosmetik terkenal Cathy Doll.

Kedua-dua anak patung Disney Tsum Tsum dan produk penjagaan kecantikan Cathy Doll merupakan jenama popular dalam kategori tersendiri, masing-masing dengan pengaruh yang luar biasa.  

Sejak patung Disney Tsum Tsum diperkenalkan pada tahun 2013, berjuta-juta patung telah dijual dan ia telah menjadi item kegilaan pengumpul. Cathy Doll juga merupakan salah satu jenama penjagaan kecantikan yang berkembang pesat di Malaysia dan apabila kedua-dua jenama ini bergabung untuk menghasilkan koleksi produk kosmetik Disney Tsum Tsum x Cathy Doll, yakinlah bahawa ia bakal menjadi satu kolaborasi yang sangat luar biasa, jelas beliau.

Mr. Wongwiwat Theekhakhirikul (kanan) dan Mr. Pongwiwat Theekahkhirikul dari Karmarts Thailand memperkenalkan koleksi edisi terhad Disney Tsum Tsum X Cathy Doll

“Kami sangat yakin koleksi Disney Tsum Tsum X Cathy Doll akan menjadi rebutan dikalangan pengumpul dan pelanggan kami yang menghargai produk hebat pada nilai hebat,” tambah beliau. 

Rangkaian kosmetik Disney Tsum Tsum X Cathy Doll boleh didapati secara eksklusif di Guardian termasuk Krim CC, bedak kompak dengan perlindungan SPF 40, Kawalan Minyak Blur Pact, pemerah pipi, pensil kening lembut, penggaris mata Crazy Black, maskara, palet pembayang mata, pemerah bibir dan pipi 2 dalam 1 rona Chiffon Tint dan koktel glos gincu.  

Semua produk ini dibungkus dalam watak popular Disney Tsum Tsum seperti Mickey dan Minnie Mouse, Goofy, Donald Duck, Pooh, Piglet, Tigger dan Eeyore dari Winnie the Pooh; Elsa, Anna dan Olaf dari Frozen dan banyak lagi.
Bersempena dengan pelancaran tersebut, Guardian menawarkan tawaran menakjubkan kepada para pelanggan. Antaranya adalah hadiah beg tali cerut edisi terhad Tsum Tsum Mickey untuk 100 pelanggan pertama yang berbelanja lebih RM100 untuk produk Disney Tsum Tsum di Atrium Lower Ground Midvalley semasa tempoh tawaran berlangsung. 


“Oleh kerana perayaan Tahun Baru Cina bakal tiba diikuti dengan sambutan Hari Valentine, hari untuk cinta, rangkaian produk Disney Tsum Tsum X Cathy Doll sangat sesuai dijadikan hadiah istimewa untuk yang tersayang, Bermula 1 Februari sehingga 28 Februari, 5 unit beg bagasi vintaj edisi terhad Disney Tsum Tsum x Cathy Doll bakal ditawarkan berdasarkan cabutan bertuah.

Untuk mengambil bahagian, para pelanggan hanya perlu membeli produk Disney Tsum Tsum X Cathy Doll sebanyak RM150 dan ke atas, layari laman Facebook Guardian Malaysia untuk mengimbas kod QR atau klik pada pautan, muat naik resit pembelian, isi butiran peribadi dan jawab satu soalan mudah.” 

“Jadi saranan saya, berkunjunglah ke Guardian yang terdekat dengan anda dan mulakan koleksi produk Disney Tsum Tsum X Cathy Doll anda sekarang. Ia hanya boleh didapati sementara stok masih ada,” tambah Cho.


Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA