MCDONALD’S MALAYSIA BERKONGSI ERTI SEBENAR ‘PROSPERITY’

McDonald’s Malaysia berkongsi erti sebenar ‘Prosperity’ dengan melawat lebih 60 pusat jagaan orang tua di seluruh negara sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Tahun ini merupakan tahun ketiga inisiatif
ini dilaksanakan, yang bertujuan membawa keceriaan kepada warga emas yang
tinggal di pusat-pusat jagaan tersebut, dan pada masa sama mewujudkan semangat
perpaduan rakyat Malaysia dalam suasana yang penuh harmoni.
“McDonald’s percaya bahawa erti ‘Prosperity’
atau kebahagiaan bukan sekadar kekayaan harta benda. Ia juga melibatkan nikmat
kegembiraan ketika meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga,
termasuklah melakukan kebaikan untuk manfaat insan lain. Kami berharap usaha
ini dapat mewujudkan keceriaan di pusat-pusat jagaan tersebut dan memeriahkan
lagi sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi,” kata Azmir
Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.
Lawatan ke pusat-pusat jagaan orang tua
ini telah bermula beberapa hari lalu pada 21 Januari dan akan diteruskan
sehingga 20 Februari 2019. Semasa lawatan, warga kerja McDonald’s yang mewakili
lebih 270 restoran McDonald’s bersama para sukarelawan yang terdiri daripada
orang awam akan meluangkan masa bersama warga emas dengan pelbagai aktiviti
menarik di pusat-pusat jagaan orang tua di seluruh negara. Warga kerja
McDonald’s dan para sukarelawan juga turut serta melakukan Yee Sang bersama warga emas. Selain ini, penghuni rumah ditaja untuk
sesi memotong rambut bagi persiapan Tahun Baru Cina ini.
Lawatan ke pusat-pusat jagaan orang tua
ini bukan sahaja seiring dengan nilai ‘Prosperity’ McDonald’s tetapi ia juga mengukuhkan
lagi komitmen syarikat dalam membantu komuniti setempat di sekitar lokasi
operasi McDonald’s.
McDonald’s mengalu-alukan penglibatan
orang awam dalam aktiviti amal ini. Orang ramai yang berminat boleh membuat
pendaftaran di https://www.mcdonalds.com.my/shareprosperity.
Comments
Post a Comment