MEMBELI BELAH DI WATSONS LEBIH SERONOK DENGAN BOOST



Gaya hidup sibuk generasi baharu pengguna di Malaysia menjadikan adoptasi transaksi tanpa tunai sangat menarik, terutamanya, apabila aplikasi e-dompet tempatan, Boost boleh digunapakai di rangkaian Watsons seluruh negara.

Aplikasi e-wallet tempatan, Boost, hari ini mengumumkan bahawa pengguna kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah tanpa tunai di Watsons, peruncit barangan kecantikan dan kesihatan antarabangsa terbesar di dunia di lebih 450 lokasi di seluruh Malaysia. 

 Mohd Khairil Abdullah, Chief Executive Officer of Boost (Kiri) dan Caryn Loh, Managing Director of Watsons Malaysia 

Usahasama yang dinanti-nantikan ini bertujuan untuk menyumbang kepada aspirasi Malaysia untuk menjadi masyarakat tanpa tunai sementara menawarkan kemudahan dalam melakukan transaksi harian.

“Boost telah melihatkan peningkatan pengguna sebanyak lima kali ganda (5X) semenjak setahun yang lepas. Kadar ini sangat menggalakkan dan harini kami mempunyai lebih 3.5 juta pengguna di Malaysia yang telah memilih untuk menggunakan aplikasi e-dompet kami,” kata Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Axiata Digital Services, syarikat induk Boost.

Model Amber Chia; Boost head of Partnerships Gary Yeoh; Axiata Digital Services CEO Mohd Khairil Abdullah; Watsons Malaysia MD Caryn Loh; Watsons customer director Danny Hoh; Watsons finance director Low Siew Hui; & Emcee & TV Host Fiqrie Dahari. 

“Pada masa yang sama, kami sentiasa mencari peluang untuk bekerjasama dengan jenama-jenama hebat seperti Watsons bagi menawarkan kemudahan dan pengalaman pelanggan yang lebih baik kepada pengguna yang ingin menikmati gaya hidup digital. Hari ini, Boost mempunyai lebih 60,000 peniaga di dalam dan luar talian seluruh negara di mana pengguna boleh menggunakan e-dompet Boost mereka,” tambah beliau. 

“Watsons berasa sangat teruja dengan usahasama dengan Boost untuk menawarkan pelanggan kami dengan kemudahan untuk berurusan di kesemua cawangan Watsons tanpa perlu bimbang tentang wang tunai ketikan pembayaran. Di samping itu, Boost juga boleh digunakan sebagai pilihan untuk membuat pembayaran di kedai atas talian Watsons,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia.

Tambah beliau, “Sebagai peruncit barangan kesihatan dan kecantikan terbesar di Malaysia dan Asia, kami sentiasa berusaha untuk mengambil inisiatif bagi memperbaiki pengalaman pelanggan di Watsons termasuk di dalam talian.”

Di samping melancarkan usahasama ini, Boost dan Watsons turut mengumumkan ganjaran mata kesetiaan untuk pengguna dan pelanggan pada musim perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang. Dari 15 Januari hingga 4 Mac, pelanggan yang membeli-belah menggunakan aplikasi Boost di kedua-dua kedai Watsons dalam dan luar talian boleh mendapatkan 8x mata ganjaran Watsons pada musim perayaan ini. 

Ganjaran ini tidak termasuk pulangan tunai segera yang boleh dimenangi melalui ciri “Shake” aplikasi Boost yang dinikmati pengguna dengan setiap transaksi menggunakan e-dompet mereka. 


Boost merupakan aplikasi gaya hidup yang menawarkan penggunanya pelbagai perkhidmatan, pengguna boleh membeli tambah nilai prabayar dan baucar digital yang boleh dihadiahkan kepada teman dan keluaga tersayang, dan mereka juga boleh menghantar wang secara percuma dan aplikasi ini turut dibina dengan ciri unik yang membolehkan pengguna untuk membahagikan bil iaitu “Go Dutch”.

Tambahan itu, pengguna Boost juga boleh membuat pembayaran bil utiliti dan parkir di jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dan bukan itu sahaja - pengguna juga berpeluang untuk mendapatkan ganjaran dengan pulangan wang tunai segera melalui ciri “Shake” aplikasi ini. 

Boost juga telah berjaya meraih kehadiran jenama yang utuh di Malaysia di lokasi kegemaran pengguna di negara ini seperti pasar malam, trak makanan, rangkaian-rangkaian restoran, pawagam dan platform membeli-belah atas talian. 

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI