ORIENTAL CUISINE ANJUR PESTA MAKANAN TAHUN BARU CINA



Sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, majalah masakan berbahasa Cina, Oriental Cuisine menganjurkan ORIENTAL CUISINE CNY FOOD CARNIVAL untuk membantu kaum Cina membuat persiapan bagi menyambut perayaan tersebut. Pesta makanan yang menampilkan lebih 120 pempamer ini dianjurkan di Aras 5, Starling Mall mulai 11 sehingga 13 Januari 2019, jam 10 pagi - 9 malam.


Majlis pelancaran Oriental Cuisine Food Carnival ini telah disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato Teng Chang Khim dan serikan oleh tetamu kehormat YB Puan Jamaliah Binti Jamaluddin, ADUN Bandar Utama. 


Turut dilangsungkan pada majlis yang sama adalah penyampaian anugerah “The Best Brand Award” kepada para pemenang.  


Para penunjung juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dianjrkan seperti demo memasak, pertandingan bakat kanak-kanak, persembahan artis, penambilan selebriti, cabutan bertuah dan sebagainya. 


Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi pesta ini untuk mendapatkan pelbagai barangan dan hadiah dengan promosi hebat bagi menyambut Tahun Baru Cina. Masuk adalah percuma.


Untuk maklumat lanjut, sila layari 

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MERAIKAN 30 TAHUN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA

IKEA MALAYSIA SOKONG PEMBELAJARAN AWAL UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN

GUARDIAN LANCAR KL WOMEN RUNNING FESTIVAL 2026 – MERAIKAN KESEJAHTERAAN WANITA

TWINKLE TWINKLE BAWA FARM TALES KE KUALA LUMPUR