PENCARIAN BINTANG E-SUKAN TERHEBAT MALAYSIA BERMULA
Media Prima Digital dan Celcom Axiata Berhad hari ini mengumumkan XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) 2019, kejohanan e-sukan Malaysia yang pertama menampilkan pasukan e-sukan institusi pengajian tinggi terbaik di seluruh negara, bertanding bagi merebut hadiah tunai terkumpul berjumlah RM 180,000.
Dianjurkan MyGameOn, dengan kerjasama
rakan e-sukan mereka Kitamen, acara ini akan diadakan di lima zon berbeza di
seluruh negara. Hadiah utama tunai boleh dimiliki semua peserta yang akan
bertanding dalam 3 kategori permainan berbeza: Mobile Legends Bang Bang, Pro
Evolution Soccer 2019 dan DOTA 2.
Kejohanan ini akan dimulakan dengan
pusingan kelayakan atas talian di bulan Februari di mana pasukan bertanding
akan merebut tempat ke pusingan Top 16. Kesemua pasukan yang layak bagi setiap
permainan di setiap zon akan beraksi secara sihat dan sengit dalam pusingan zon
final pada bulan Mac.
Pemenang setiap zon pula kemudiannya akan
ke peringkat grand final bagi merebut kejuaraan dan hadiah wang tunai utama
yang akan berlangsung akhir April di Kuala Lumpur. Lebih menarik lagi,
institusi pengajian tinggi dengan pasukan menang paling banyak juga berpeluang
menerima biasiswa bernilai RM 50,000, dibawakan oleh jenama terkemuka Celcom,
XPAX, sebagai salah satu inisiatif mereka dalam memperkasa e-sukan. Selain
XPAX, Predator akan turut bersama menjadi rakan rasmi KEK.
Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima
Digital, Encik Rafiq Razali berkata “Media Prima Digital sangat komited dalam
membangunkan industri e-sukan di Malaysia dan oleh sebab itulah, kami
menganjurkan KEK. Ini merupakan peluang berharga untuk industri permainan
tempatan dengan adanya penyertaan jenama besar seperti XPAX yang turut
menyokong pemerkasaan e-sukan pada peringkat universiti dan dalam masa yang
sama memberikan peluang yang sama kepada semua pemain e-sukan termasuklah di
peringkat akar umbi untuk turut sama berkongsi pengalaman sama seperti yang ada
di Lembah Klang. Kami sangat berbangga dapat menyemarakkan lagi industri
e-sukan melalui inisiatif yang dilakukan di bawah portal permainan kami,
MyGameOn dan dengan adanya KEK, kami berharap dapat mendidik lebih 1 juta siswa
dan siswi dari semua institusi pendidikan tinggi di seluruh negara tentang
budaya ‘healthy gaming’ seterusnya memberi pendedahan akan potensi yang
dimiliki industri ini terhadap masa depan mereka”.
Memandangkan e-sukan akan dipertandingkan
pada temasya Sukan SEA akan datang, XPAX selalu pemangkin rasmi KEK, percaya
yang kejohanan ini dapat mempertingkatkan lagi industri e-sukan dan permainan
video di rantau Asia Tenggara. Selepas berjaya menubuhkan pasukan e-sukan
mereka yang tersendiri awal tahun ini iaitu, XPAX X-ASSINS, penglibatan XPAX
dalam KEK turut membawa misi mencungkil bakat tempatan serta mengasah keupayaan
mereka menjadi atlet e-sukan professional pada masa hadapan.
Danny Chew, Ketua Pegawai Perniagaan
Konsumer dan Kediaman. Celcom Axiata Berhad berkata “Celcom melalui XPAX sangat
teruja mempersembahkan KEK memandangkan kejohanan ini selari dengan aspirasi
kami untuk menjadi penyedia rangkaian pilihan dalam memenuhi gaya hidup digital
para pelanggan kami terutamanya peminat e-sukan tanahair . Ia juga menyediakan
generasi muda Malaysia satu platform pemerkasaan di mana mereka boleh
meningkatkan kemahiran mereka seterusnya menjadi pemacu kehadiran mereka di
dunia permainan video (gaming)”.
Kejohanan e-sukan ini akan turut menyuntik
elemen pendidikan sewaktu ketika zon final diadakan dengan menampilkan pameran
kerjaya, booth pendidikan, sesi perkongsian dan diskusi bersama pemain-pemain
industri, food truck, tarian kecergasan dan banyak lagi. Para pelajar yang
berminat dengan e-sukan dan industri permainan boleh menyertai segala aktviti
ini dan merebut peluang yang luas sepanjang kejohanan ini berlangsung. Satu
lagi elemen KEK yang cukup menarik adalah cabaran XPAX Hackathon di mana para
pelajar diberi peluang membentangkan idea bernas mereka kepada penganjur dan
hadiah ekslusif dari XPAX menanti pemenang. Buat masa ini, KEK dijadualkan
berlangsung di beberapa universiti utama termasuklah Universiti Teknologi MARA
(UiTM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Jadual KEK adalah seperti berikut :
ZON
|
NEGERI
|
SELATAN
|
NEGERI SEMBILAN, MELAKA & JOHOR
|
TENGAH
|
KUALA LUMPUR, SELANGOR & PUTRAJAYA
|
UTARA
|
PERAK, PENANG, PERLIS & KEDAH
|
PANTAI TIMUR
|
PAHANG, TERENGGANU, KELANTAN
|
BORNEO
|
SABAH & SARAWAK
|
GRAND FINALE – LEMBAH KLANG
|
Para pelajar yang berminat untuk menyertai
kejohanan ini boleh mula mendaftar mulai Februari ini serta mengetahui lebih
lanjut mengenai KEK dengan melayari www.mygameon.my dan
juga halaman Facebook rasmi MyGameOn.
KEK dibawakan eksklusif kepada anda oleh
XPAX.
Comments
Post a Comment