PERADUAN “WAVE2WIN” TAWAR HADIAH BERNILAI RM225,000




Sempena musim perayaan ini, SF Coffee bekerjasama dengan MyDebit “Wave2Win” bakal memberi peluang kepada peminat tegar kopi untuk memenangi hadiah bernilai RM225,000.

Pertandingan yang berlangsung selama empat bulan ini merupakan pertandingan secara besar-besaran dimana penyertaan dibuka kepada semua. SF Coffee dan MyDebit akan memilih dua pemenang bertuah yang bakal memenangi hadiah seperti mesin kopi La Marzocco, pengisar kopi serta latihan kopi profesional yang bernilai RM40,000.

SF Coffee merupakan sebuah jenama yang menghargai seni serta menggalakkan orang ramai untuk mendalami sisi kreatif mereka. Melalui pertandingan ini, SF Coffee turut menawarkan hadiah seperti berikut: empat buah kamera DSLR bersama aksesori yang bernilai RM10,000 setiap satu, lapan buah iPhone yang bernilai RM5,200 setiap satu dan hadiah lain seperti jam tangan berjenama Apple, fon kepala berjenama Marshall dan banyak lagi.

Bagi menggalakkan mod transaksi yang cepat, lancar dan selamat, anda boleh mengikuti tiga langkah mudah ini:
  1. Belanja sekurang-kurangnya RM30 menggunakan kad MyDebit didalam satu resit yang sama di mana-mana cawangan SF Coffee;
  2. Isikan butir peribadi anda di belakang resit;
  3. Masukkan resit anda ke dalam kotak khas ‘Wave2Win’ yang disediakan di setiap cawangan SF Coffee.
Menurut Cik Koo Sue San, Pengurus Besar San Francisco Coffee, SF Coffee adalah mengenai perjuangkan kemudahan dan kecekapan untuk memenuhi keperluan individu yang bercita-cita tinggi yang sentiasa sibuk – pandangan sama yang dikongsi bersama MyDebit.

“Kami amat berbesar hati dengan sokongan dan sambutan hangat yang diberi oleh rakyat Malaysia sejak dari awal lagi. Bagi sambutan Tahun Baru ini, kami ingin mengambil kesempatan dengan menunjukkan rasa terima kasih kepada pelanggan setia dan juga pelanggan baru kami dengan menyediakan pelbagai hadiah lumayan yang mereka boleh menangi,” kata Cik Koo. 

“Di SF Coffee, kami memastikan hanya kopi yang terbaik, segar serta aroma yang harum disediakan buat pelanggan kami. Oleh itu, kami juga akan memastikan dua pemenang utama kami akan diberi latihan yang terbaik agar mereka dapat lebih mendalami ilmu mereka tentang cara menghasilkan secawan kopi yang sempurna,” kata Cik Koo.

Selain pertandingan “Wave2Win” sebagai tanda penghargaan buat para pelanggan, 2018 juga merupakan tahun yang indah buat SF Coffee di atas pembukaan sembilan cawangan baru. Cawangan terbaru yang dibuka merupakan cawangan yang ke-46 di Capital City, Johor Bahru – juga cawangan pertama di kawasan Selatan Malaysia. 

Seni sudah menjadi sebahagian daripada DNA SF Coffee sendiri - sebuah pameran seni mini turut berlangsung sewaktu pembukaan cawangan pertama SF Coffee di Capital City, Johor Bahru.

Pameran seni mini itu membuka peluang kerjasama antara SF Coffee dan tiga pelukis baharu bagi menyediakan platform untuk menghasilkan dan mempamerkan karya seni mereka. Pameran tersebut sedang berlangsung di Capital City sehingga 31 Disember 2018 dan mereka yang berminat untuk menyaksikan pameran tersebut boleh merebut peluang ini. 

“2018 merupakan tahun yang terbaik bagi kami di SF Coffee, dan kami amat berbesar hati terhadap sokongan yang diberikan oleh para pelanggan kami. Tanpa kalian, kejayaan ini tidak mungkin dapat dikecapi. Dengan jalinan yang terbina sepanjang tahun 2018 ini, kami yakin pada tahun 2019 kami akan diberkati dengan lebih kejayaan,” kata Cik Koo.

Pertandingan “Wave2Win” sedang berlangsung dari sekarang sehingga 28 February 2019.

Untuk maklumat lanjut mengenai SF Coffee dan pertandingan “Wave2Win”, sila layari: www.sfcoffee.com atau www.facebook.com/sfcoffee.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!