PKNS LANCAR PROMOSI MEGA BONANZA TAHUN BARU CINA



Anda sedang meninjau untuk membeli kediaman baru? Rebutlah peluang untuk mendapatkan diskaun sehingga 20% dan pelbagai tawaran menarik lagi dengan membeli hartanah daripada PKNS.

Sempena menjelangnya Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) buat pertama kalinya melancarkan Promosi PKNS Mega Bonanza dengan menawarkan rebat keseluruhan bernilai RM1 juta kepada pembeli hartanahnya.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Hajah Norita binti Mohd Sidek berkata, bermula 1 Januari lalu sehingga 28 Februari ini, pembeli hartanah PKNS berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik tertakluk kepada tema dan syarat.


Menurutnya, tawaran tersebut adalah khusus buat rumah PKNS yang sudah siap dibina dan sedia diduduki, di mana diharap ia mampu merancakkan penjualan pelbagai projek yang ditawarkan perbadanan ini.

Diskaun sehingga 20 peratus untuk pembelian kediaman terpilih PKNS ditawarkan bagi projek di Kota Puteri iaitu Daffinaa 3 dan Daffina 2 serta Elaisha, projek Azhara di Antara Gapi sertaa Menara U & U2 di Shah Alam.

Diskaun 20 peratus ini bukan sahaja diberikan kepada pembeli Bumiputera, malah bukan Bumiputera sekali gus membuka peluang lebih besar kepada semua kaum untuk memiliki kediaman sendiri.

“PKNS juga memberikan rebat tunai keseluruhan bernilai sehingga RM1 juta bagi projek Hijauan Enklaf dan projek Anggun Kirana di Alam Nusantara, Setia Alam serta 10 Residensi di Seksyen l7. Shah Alam," katanya.


Ujar Norita, lebih menarik pembeli berpeluang menikmati Insentif Dokumentasi bernilai sehingga RM15,000 bagi projek Hijauan Enklaf, Opal Residensi, Taman Bayu Malawati dan 10 Residensi.

Selain diskaun dan rebat, pembeli bakal menerima baucar barangan elektrik bernilai sehingga RM30,000 untuk projek Hijauan Enklaf, Opal Residensi dan Rasa Avenue. Malah PKNS turut memberikan Smart Home Voucher bemilai sehingga RM15,000 bagi projek Anggun Kirana dan Vega Residensi.

Kepada pembeli projek ini, mereka akan menikmati kemudahan Aplikasi Smart Home System di mana menerusi aplikasi ini pemilik boleh memantau kondisi kediaman ketika berada di dalam rumah atau dari jauh.

Tambah Norita, kepada pembeli terawal bagi projek Estera, Dillenia, Kamelia dan Violet di Bernam Jaya, ada diskaun menarik ditawarkan kepada mereka. 

“PKNS juga ada menawarkan baucar hiasan dalaman bernilai sehingga RM10,000 bagi projek terpilih di Taman Bayu Malawati. Pembeli bakal menikmati sifar bayaran pendahuluan, manakala kos Perjanjian Jual Beli (SPA) dan Memorandum Pertukaran (MOT) akan ditanggung oleh PKNS bagi projek terpilih," katanya.


Selain itu, beliau berkata, Skim Smart Ownership yang sudah tamat tempoh pada 31 Disember tahun lalu diteruskan dengan pemberian Insentif “First Ownership” iaitu pemberian diskaun 10 peratus untuk pembelian hartanah PKNS kali pertama kepada bakal pembeli (Bumiputera dan bukan Bumiputera).

"Manakala Insentif “Loyalty Scheme” iaitu pemberian diskaun 12 peratus kepada pembeli hartanah PKNS untuk kali kedua atau lebih meliputi kediaman / komersial atau industri (Bumiputera dan Bukan Bumiputera).

"Harapan PKNS, dengan adanya pelbagai tawaran menarik ini, ia dapat merancakkan lagi jualan projek hartanah PKNS," katanya.

Jadi, tunggu apa lagi? Tawaran yang diberikan adalah amat berbaloi dan anda boleh mendapatkan penjimatan yang hebat!

Untuk sebarang pertanyaan lanjut bagi projek di Wilayah Tengah boleh hubungi Encik Lee Chee Seng (016-2510113), Puan Sarimah (019-3034342) dan bagi projek di Wilayah Utara hubungi Puan Nor Afisah (012-6595515) serta Puan Norlini (013-2504380).

Manakala untuk projek di Wilayah Selatan boleh hubungi Puan Vimala (018-2051713) dan Encik Halim (017-3634821).


Insentif ditawarkan PKNS: 
  • Rumah siap dibina dan sedia diduduki. 
  • Diskaun sehingga 20 peratus bagi projek terpilih (Daffina 3, Dafina 2, Elaisha, Azhara, Menara U & U2). 
  • Rebat tunai bagi projek terpilih (rebat tunai keseluruhan bernilai sehingga RM1 juta) (Marbella, Hijauan Enklaf, Anggun Kirana, 10 Residensi). 
  • Insentif Dokumentasi bernilai sehingga RM15,000 bagi projek terpilih. (Hijauan Enklaf, Opal Residensi, Taman Bayu Malawati, l0 Residensi). 
  • Baucar barangan elektrik bernilai sehingga RM30,000 bagi projek terpilih. (Hijauan Enklaf, Opal Residensi, Rasa Avenue). 
  • Smart Home Voucher bernilai sehingga RM15,000 bagi projek terpilih (Anggun Kirana & Vega Residensi 2). 
  • Diskaun Pembeli terawal bagi projek (Estera, Dillenia, Kamelia dan Violet di Bernam Jaya). 
  • Baucar hiasan dalaman bemilai sehingga RM10,000 bagi projek terpilih (Taman Bayu Malawati). 
  • Perjanjian Jual Beli (SPA) dan Memorandum Penukaran (MOT) ditanggung bagi projek yang terpilih. 
  • Skim Smart Ownership PKNS: i) Insentif “First Ownership” iaitu pemberian diskaun 10 peratus untuk pembelian hananah PKNS kali pertama kepada bakal pembeli (Bumiputera dan Bukan Bumiputera). ii) Insentif “Loyalty Scheme” iaitu pemberian diskaun 12 peratus kepada pembeli hartanah PKNS untuk kali kedua atau lebih meliputi kediaman / komersial atau industri (Bumiputera dan bukan Bumiputera).
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.pkns-property.com/ dan like https://www.facebook.com/pknspropertyofficial/

Comments

Popular Posts