PRINCE AFFA LANCAR SINGLE SULUNG "LAFAZKAN CINTA"



Mungkin kalau disebut nama Tengku Indra Muzaffar, ramai yang tidak mengenali siapa gerangan individu tersebut, tetapi apabila muncul Prince Affa, pasti ramai anak-anak remaja yang mengenalinya.

Kemantapan suara remaja berusia 17 tahun di dalam bait lagu Pop Balada menusuk kalbu, menjadikan nama Prince Affa mula meniti di bibir kebanyakan pengikutnya samada di kalangan milenium mahupun dewasa. Prince Affa atau nama sebenarnya Tengku Indra Muzaffar Bin Tengku Ngah Putra, merupakan anak kepada Ratu Keronchong Malaysia, Adilla Idris serta anak saudara kepada selebriti terkenal, Raja Azura.

Darah seni yang mengalir dalam dirinya mendedahkan Prince Affa kepada bidang muzik seawal usianya lapan tahun. Lantas, pengalaman menyanyi hampir 10 tahun sejak zaman kanak-kanak membuatkan Prince Affa memilih nyanyian sebagai kerjaya awalnya.

Selain itu, memiliki suara yang besar dan unik meyakinkan Prince Affa untuk turut sama bersaing secara sihat dalam industri muzik tempatan bersama barisan penyanyi lama dan baharu.

"Sudah menjadi impian saya untuk melahirkan single sulung milik saya sendiri bagi membuktikan kepada masyarakat di luar sana bahawa saya sudah bersedia untuk terjun di dalam bidang muzik secara serius. Sebenarnya terdapat beberapa lagu lain yang sudah saya rakamkan, tetapi mungkin kerana lagu ini mempunyai keunikannya tersendiri apatah lagi melodinya yang perlahan menjadikan Lafazkan Cinta menjadi pilihan saya," katanya.

Majlis pelancaran Lafazkan Cinta telah berlangsung di gedung fesyen Loka Malaysia, NU Sentral dengan dihadiri keluarga, tetamu dan rakan media tempatan. Lafazkan Cinta merupakan hasil nukilan sepenuhnya dari komposer berkaliber, Jari yang menceritakan perihal seorang jejaka meluahkan perasaan cintanya nya terhadap seorang wanita menerusi lagu.


Menggemari lagu-lagu berirama Balada yang disifatkannya sesuai dengan vokalnya yang padu, Prince Affa percaya single pertamanya itu mampu memberi kedudukan yang kukuh buat dirinya di dalam industri.

Prince Affa juga pernah merakamkan lagu raya pada tahun lepas bersama ibunya Adilla Idris. Walaupun masih hijau, Prince Affa menanam hasrat agar pembabitannya di dalam nyanyian akan turut mendapat perhatian peminat bukan sahaja di negara ini, malahanjuga di kompas negara Juan seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.

Proses merakamkan single ini bukanlah sesuatu yang mudah. Maklum sajalah, saya masih muda dan banyak teknik-teknik yang perlu saya pelajari untuk memastikan lagu ini lahir dengan sempurna.

"Ianya juga cukup memenatkan kerana lagu ini agak susah untuk dinyanyikan, dan Prince Affa perlu menggunakan seluruh bakat nyanyian yang ada di dalam lagu ini, lebih-lebih lagi ketika key tinggi," katanya berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang ada.

Anak kedua daripada empat orang adik-beradik ini juga kerap menyertai pertandingan nyanyian dan tidak ketinggalan menggunakan sepenuhnya media sosial untuk berkongsi bakat nyanyiannya. Antara penyanyi yang sentiasa menjadi sumber inspirasinya ialah dua bintang dari Indonesia iaitu Afgan dan Aldy Maldini.

Akui dia bakal mendapat saingan sengit di dalam industri nyanyian apatah lagi dengan munculnya ramai penyanyi lelaki berbakat besar, Prince Affa menyifatkan semua itu adalah saingan sihat dan perlu di laluinya dengan sikap positif.


Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA