TESCO LANCAR KEMPEN TAHUN BARU CINA "ONG MALI"
Sempena Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Tesco Malaysia menjemput seluruh pelanggannya untuk merasai pengalaman berbeza ketika berbelanja di gedung mereka menerusi kempen Ong Mali 2019.
Bukan setakat potongan harga hebat pada produk-produk berkualiti, malah pelanggan turut akan ditawarkan dengan pelbagai habuan juga hiburan semasa membeli-belah!
Kempen ini telah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution dan disaksikan oleh Timbalan Menteri KPDNHEP, Chong Chien Jen dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Paul Ritchie di Tesco Kepong baru-baru ini.
Dalam majlis yang sama, menteri juga melancarkan Charity Food Box, atau Kotak Makanan Amal yang membolehkan para pembeli menyumbangkan pelbagai makanan keperluan seperti minyak masak, mi dan makanan dalam tin kepada golongan yang kurang berkemampunan dengan hagha RM50 sahaja. Kotak-kotak makanan amal ini boleh dibeli mana-mana Gedung Tesco dan secara online melalui Tesco Lazmall di Lazada mulai 3 sehingga 31 Januari 2019.
Tesco juga membuat sumbangan kepada komuniti dengan memberi makanan berlebihan kepada Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen.
Bagi membantu kaum Cina membuat persiapan untuk menyambut Tahun Baru Cina, Tesco juga memperkenalkan rangkaian fesyen baju Tahun Baru Cina yang bergaya dengan harga mampu-milik.
Bahagian makanan segar juga menawarkan pelbagai makanan laut seperti ikan kerapu dan bawal. Tahun ini Tesco memperkenalkan makanan laut kegemaran seperti udang kara Kanada, abalone dan timun laut untuk jamuan makan besar.
Harga ayam masih kekal pada RM5.99 sekilo sejak 18 bulan lalu. Harga makanan seperti itik beku, ikan dan udang masih berada di tahap yang sama dengan tahun lepas.
Para VIPs juga mengambil bahagian dalam acara ‘Lou Sang’ bersama sebahagian warga tua dari Pertubuhan Kebajikan Warga Tua Kim Loo Ting pada Pelancaran Tesco Ong Mali 2019 sempena Tahun Baru Cina di Tesco Kepong Village Mall, Bandar Manjalara, Kuala Lumpur.
Para pembeli di Tesco berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM880,000 dan percutian ke Disneyland Hong Kong dengan menyertai peraduan "Ong Mali House of Prosperity" yang berlangsung 7 sehingga 27 Januari. Jom kita ke Tesco!
Untuk maklumat lanjut tentang kempen Ong Mali, sila layari https://www.tesco.com.my/ongmali2019/
Comments
Post a Comment