TOYOTA VIOS GENERASI KE-3 "AS NEVER BEFORE"


Lebih sporty dan canggih daripada versi sebelumnya, kereta Toyota Vios telah dilancarkan di KL City Walk, diiringi dengan sebuah video muzik, sebuah projek untuk menyemarakkan kembali keterujaan terhadap kereta sedan urban yang popular ini. Menampilkan dua selebriti tempatan, pelakon Shukri Yahaya dan beatboxer Shawn Lee, video muzik yang diberi judul “As Never Before” memberikan penonton suatu pengalaman unik bersama kereta Vios 2019.

Di dalam produksi "As Never Before", beberapa kamera khas telah dipasangkan di tempat-tempat strategik di dalam kereta untuk menunjukkan gaya optima Vios serta prestasi pacuan terutama semasa membuat pusingan di selekoh yang tajam. 




Vios generasi ketiga ini didatangkan dalam tiga varian iaitu 1.5J, 1.5E dan 1.5G. Berbeza dengan model sebelum ini, semua varian Vios hanya menggunakan transmisi automatik. Vios 1.5J ditawarkan pada harga RM77,200 seunit, Vios 1.5E (RM81,200) dan Vios 1.5G berharga RM87,300. Vios boleh didapati dalam lima warna menarik iaitu biru metalik, merah metalik, hitam, perak metalik dan putih.

Comments

Popular posts from this blog

FORUM AI & PERUNDANGAN 2026 MENEROKA MASA DEPAN BIDANG PERUNDANGAN

KESIHATAN INTIM LELAKI: PREMIER CLINIC BUKA JALAN BAHARU DENGAN TEKNIK KHATAN ZSR

FOR THE REASONS THAT MATTER: KEMPEN SERANTAU PERTAMA PERTINGKAT KESEDARAN KESIHATAN RESPIRATORI DEWASA

VITAHEALTH DIAKUI PENERAJU PRODUK KESIHATAN BERASASKAN KUNYIT MALAYSIA OLEH MALAYSIA BOOK OF RECORDS