UNIFI JANJIKAN LEBIH BANYAK #KHABARBAIK UNTUK 2019



unifi, jenama Konvergens utama di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini berkongsi mengenai perancangannya bagi tahun 2019 melalui gerakan #khabarbaik, yang bakal membawakan lebih banyak berita baik buat rakyat Malaysia di seluruh negara. Gerakan #khabarbaik ini telah dilancarkan oleh Moharmustaqeem Mohammed, Pemangku Naib Presiden Eksekutif, unifi.

Apa khabar? unifi katakan #khabarbaik

Gerakan #khabarbaik ini menggambarkan komitmen unifi untuk terus melangkah ke hadapan dengan produk dan perkhidmatannya di mana unifi sentiasa kekal berinovasi dan memahami kehendak pelanggannya. unifi berharap gerakan ini akan membawa perubahan dalam identiti serta pendekatan untuk menyebarkan nilai-nilai positif dan ini telah dilaksanakan di peringkat dalaman sejak bermulanya tahun 2019. #khabarbaik merupakan keperibadian yang akan sentiasa didukung oleh setiap anggota unifi yang akan menterjemahkan operasi perniagaan serta perubahan positif yang akan dibawakan kepada pelanggan dan rakyat Malaysia secara umumnya.

Menurut Mohar, “Memasuki lembaran baharu tahun 2019, ini merupakan detik menarik buat unifi. Sambil kami terus berevolusi sebagai sebuah organisasi, komitmen kami telah dan akan kekal untuk membolehkan penerimaan digital dan gaya hidup konvergens buat semua – merentasi semua lapisan dan golongan pendapatan. Kami sentiasa menyumbang kepada pembangunan digital negara dan kami berpendapat bahawa ini seharusnya dibanggakan. Sementara itu, kami akan terus berusaha keras untuk menangani masalah-masalah utama yang pelanggan hadapi. Kami akan terus mendengar dan kemudiannya kembali ke pasaran dengan lebih banyak #khabarbaik. Oleh sebab itulah gerakan #khabarbaik ini merupakan hala tuju kami dalam memberi khidmat kepada negara menerusi penawaran produk kami dan menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih baik.”

#khabarbaik pertama bagi tahun 2019

Memenuhi janjinya untuk memberikan khabar gembira kepada rakyat Malaysia, unifi turut memperkenalkan pelan-pelan pascabayar unifi Mobile baharu, yang direka untuk setiap lapisan masyarakat Malaysia.

 “Aspirasi unifi adalah untuk setiap isi rumah di Malaysia kekal berhubung dengan kandungan dan perkhidmatan kegemaran mereka. Walau bagaimanapun, kami memahami bahawa tiada pendekatan yang mampu memenuhi kehendak semua, kerana setiap ahli keluarga akan mempunyai penggunaan data yang berbeza. Daripada anak-anak remaja yang sering menonton pelbagai video ketika berada di luar rumah, ibu bapa bersama anak-anak kecil yang sering meneroka kandungan pendidikan secara atas talian, hinggalah kepada datuk dan nenek yang menggunakan data terutamanya untuk menghubungi ahli keluarga mereka – pelan-pelan baharu unifi Mobile direka untuk memenuhi gaya hidup digital yang unik setiap individu, pada harga yang berpatutan,” kata Mohar.
  
Dengan penawaran unifi Mobile terbaharu, 'Adik', yang mungkin tidak memerlukan penggunaan data yang banyak, boleh memilih pelan data mudah alih yang lebih rendah iaitu 2GB (1GB LTE + 1GB 3G) dengan hanya RM19. Pelan unifi Mobile 19 juga dilengkapi dengan lima (5) minit masa panggilan dan 25 SMS. Sementara itu, 'Atuk' atau 'Nenek' boleh memilih unifi Mobile 29 dan 'Kakak' boleh memilih unifi Mobile 39 yang menawarkan 3GB (2GB LTE + 1GB 3G) dan 5GB (4GB LTE + 1GB 3G) masing-masing – berserta 50 minit masa panggilan dan 25 SMS. Bagi mereka inginkan data 10GB, mereka boleh melanggan pelan unifi Mobile 59 yang didatangkan dengan 9GB LTE + 1GB 3G, 100 minit masa panggilan dan 25 SMS. Pelan terkhusus ini akan memastikan bahawa semua peringkat mempunyai pelan yang tepat bagi memenuhi keperluan mereka – tidak terlalu banyak, tidak terlalu sedikit.

Penawaran baharu ini adalah tambahan kepada pelan sedia ada unifi Mobile 99 yang menawarkan data, panggilan, dan SMS tanpa had. Kini, rakyat Malaysia akan mempunyai lebih banyak pilihan pelan pasca bayar. Penawaran unifi Mobile boleh didapati di laman web unifi, www.unifi.com.my.

Dengan memperkenalkan pelan yang lebih mudah dan lebih mampu milik, serta boleh dilanggan oleh semua rakyat Malaysia, unifi dapat menjadikan sambungan internet lebih mudah diakses oleh semua, memastikan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat mendapat manfaat gaya hidup digital.

"Ini sememangnya sejajar dengan apa yang kami ingin sebarkan menerusi #khabarbaik. Ia adalah komitmen kami untuk memastikan akses kepada sambungan internet adalah mampu milik dan menyeluruh buat semua. Kami berharap dengan memperkenalkan pelan nilai tambah seperti unifi Mobile 19, kami dapat membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menggunapakai teknologi digital dalam kehidupan harian mereka," kata Mohar.

Rapper Caprice dan penyanyi Atilia Haron menyertai Moharmustaqeem Mohammed, Pemangku Naib Presiden Eksekutif, unifi. dan emcee Kavin Jay di pentas untuk pelancaran media #khabarbaik. 

Perkembangan terkini mengenai naik taraf unifi turbo dan Streamyx

Dalam perkembangan menarik lain, aktiviti naik taraf kelajuan bagi pakej unifi kini sedang aktif dilaksanakan buat para pelanggan Streamyx sedia ada yang tinggal di dalam kawasan liputan unifi. Sementara itu, bagi pelanggan Streamyx yang tinggal di dalam kawasan tanpa liputan unifi, TM komited untuk terus melabur dalam teknologi bersesuaian untuk membawakan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada mereka menerusi teknologi-teknologi alternatif oleh TM atau pembekal infrastruktur yang lain. Di kawasan yang tiada halangan teknologi, TM akan menggandakan kelajuan Streamyx pelanggan pada harga yang sama dengan pelan jalur lebar sedia ada mereka,

"Secara keseluruhannya, kira-kira 1 juta pelanggan layak menerima penaiktarafan turbo ini. Pelanggan unifi sedia ada akan menikmati peningkatan kelajuan sehingga sepuluh kali ganda dengan naik taraf turbo; dari 10Mbps ke 100Mbps, dari 30Mbps ke 300Mbps, dari 50Mbps ke 500Mbps, dan dari 100Mbps ke 800Mbps – semuanya pada harga yang sama yang mereka bayar ketika ini. Sehingga kini, kami telah berjaya menaik taraf lebih daripada 910,000 pelanggan unifi dan lebih 66% daripada 340,000 pelanggan Streamyx yang tinggal di kawasan liputan unifi telah dinaik taraf kepada unifi; pada harga yang sama dengan pelan semasa mereka. Baki 130,000 pelanggan Streamyx yang masih belum merebut peluang untuk dinaik taraf secara percuma ini digalakkan untuk berbuat demikian. Kami berhasrat untuk menyelesaikan aktiviti naik taraf kelajuan ini pada bulan Mac 2019. Sementara itu, kami memahami bahawa ada segelintir pelanggan yang telah dinaik taraf mengalami gangguan kepantasan, bagaimanapun kami sedang berusaha menyelesaikan perkara ini secepat mungkin," jelas Mohar.

"Pada tahun-tahun yang akan datang, kami berjanji untuk memberikan lebih banyak #khabarbaik menerusi sambungan yang lebih baik, pengalaman pelanggan yang lebih lengkap, dan gaya hidup digital yang menyeluruh ke seluruh Malaysia," katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penawaran terbaharu unifi, layari unifi.com.my.


Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI