WATSONS MALAYSIA LANCAR KEMPEN #HAPPYBEAUTIFULYEAR



Watsons Malaysia meraikan kehadiran Tahun Baru Cina dengan kempen terbaru #HappyBeautifulYear. Sebuah video baru untuk kempen ini telah dilancarkan baru-baru ini. Ia berlatarbelakangkan gaya mewah zaman 40an yang dibintangi oleh JinnyBoy, Amber Chia, Pink Tan, John Tan, Justin, Han Xiiao Aii, dan penampilan cameo oleh Top Influencers Watsons (Fasiha, Eva and Daniel), Rubini Sambanthan, Eldison Lim dan Gary Hau. Video ini membawa mesej kekeluargaan yang harus diteruskan lebih-lebih lagi di musim perayaan.  

Pereka fesyen tersohor, Beatrice Looi telah diberi tanggungjawab untuk menghasilkan busana cheongsam yang diilhamkan oleh Haipai, suatu budaya tradisi avant-garde gandingan Timur dan Barat dari Shanghai di abad ke-20 dan 21. 

Sempena kempen #HappyBeautifulYear, Watsons juga menganjurkan jualan, “The Great Sale” di seluruh gedung Watsons di Malaysia yang menawarkan sehingga diskaun 50% untuk produk penjagaan kulit, penjagaan peribadi, kesihatan dan banyak lagi.

Ahli Watsons turut berpeluang untuk memenangi mata Watsons bernilai sehingga RM888,888 apabila mereka berbelanja RM88 di kedai Watsons dan secara online, dan juga mendapatkan 8 kali mata apabila mereka membayar menggunakan aplikasi Boost.  

Ganjaran-ganjaran lain yang menarik untuk ahli-ahli Watson adalah: 
  • Mendapat sampul angpow dan kupon ganjaran dengan pembelian RM88 dan ke atas.
  • Mendapat beg #HappyBeautifulYear yang berisi goodies dengan pembelian RM138 ke atas. 
  • Khas untuk ahli Watsons Elite, pembeli RM188 ke atas akan mendapat mangkuk premium emas 6” edisi terhad. 

Pocotee & Friends turut menyertai #HappyBeautifulYear di mana pembeli-pembeli boleh mendapatkan barangan eksklusif Pocotee & Friends edisi terhad dengan diskaun 50% dengan promosi PWP (Purchase-with-Purchase).

Watsons juga menganjurkan peraduan TikTok dengan cabaran tarian TikTok yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM20,000 untuk dimenangi. 


Antara selebriti-selebriti yang membintangi video #HappyBeautifulYear

Majlis pelancaran juga menampilkan acara "Lou Sang" yang sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina.

Pelakon Hong Kong TVB, Mat Yeung 楊明 turut memeriahkan majlis pelancaran #HappyBeautifulYear

Untuk maklumat lanjut, sila layari
Laman web: http://watsons.com.my/
Laman Facebook: https://www.facebook.com/watsonsmalaysia
Laman Instragram: https://www.instagram.com/watsonsmy/

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA