ZEE AVI & NJWA BERGANDING UNTUK KONSERT HARI WANITA



Menggabungkan dua orang penyanyi wanita sensasi dengan cita rasa muzik yang tinggi serta ada stail tersendiri dalam sebuah konsert seumpama menyajikan hidangan makan malam yang bermutu tinggi. 

Dan begitulah apabila pihak penganjur, Showlab mempersembahkan Zee Avi dan Njwa dalam sebuah konsert khas sempena Hari Wanita Antarabangsa pada Mac 2019. Dengan judul International Women’s Day With Zee Avi & Njwa, konsert ini bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Level 4, Putra World Trade Center (PWTC) pada 22 Mac 2019 ini. 

Ternyata Zee Avi dan Njwa adalah nama yang cukup signifikan dan melambangkan hampir semua tentang kuasa wanita iaitu sentiasa inovatif dan kreatif dalam kerja mereka serta mempunyai manifesto yang seiring dengan kuasa wanita. 

Justeru itu, tidak perlu diragukan mengapa pihak penganjur memilih dua nama besar ini untuk mengisi hari istimewa tersebut dengan untaian Iagu-lagu mereka yang menyegarkan jiwa. 

"Sebenarnya untuk mendapatkan persetujuan daripada Zee Avi dan Njwa sendiri sudah cukup memberi makna buat Showlab merealisasikan konsert ini. Segalanya tentang Zee Avi dan Njwa cukup berkait rapat dengan hal yang positif tentang wanita. Semangat, misi, kehidupan dan kecekalan mereka dalam bidang seni yang ditekuni sehingga membawa nama ke luar negara," ujar Penerbit Eksekutif FM Showlab Ventures, Encik Farhan Aizat. 

"Malah kami sangat berbesar hati apabila pihak PWTC muncul sebagai penganjur bersama kami untuk konsert pertama anjuran FM Showlab Ventures," ujar Farhan lagi. 

Ketua Pegawai Operasi PWTC, Datuk Shamsul Kamar Ahmad dipetik berkata, penglibatan PWTC sebagai penganjur bersama bagi konsert International Women's Day With Zee Avi & Njwa ini adalah bertujuan untuk menarik lebih banyak penganjuran konsert di PWTC di masa akan datang. Bukan itu sahaja, pihak Rights Foundation juga bersetuju untuk menjadi rakan gerakan strategik bagi memastikan bahawa konsert yang mengangkat kaum Hawa ini berada pada objektif yang tepat dengan sasaran penganjur. 

Kalau mahu memperkenalkan Zee Avi sendiri, cukuplah dengan mengingatkan tentang hitnya, Kantoi dan Bitter Heart yang begitu semarak di Malaysia, namun bilangan lagu seperti Swell Window telah diguna dalam variasi drama terkenal dunia termasuk 21 Jump Street dan Gossip Girl. Itu sahaja telah menjadi bukti kukuh bahawa seorang gadis genit asal Sarawak yang terkenal dengan trademark bersama ukulelenya telah mampu menawan dunia melalui seninya. 

Njwa sendiri, yang pernah mendapat pengiktirafan Artis Baru Terbaik dan Lagu lnggeris Tempatan Terbaik melalui Anugerah Industri Muzik ke-18 tidak pernah tenggelam dalam muzik bawaannya. Begitu pekat dengan muzik blues dan soul, Got TO Go telah menuai sukses luar biasa buat Njwa dan apa lagi yang mahu dikatakan saat dia mengangkat lagu lama Seri Mersing dalam balutan dan cara seorang Njwa yang sentiasa inovatif dalam muziknya. 

Kedua-dua mereka juga sudah menebarkan muzik ke seluruh dunia dengan begitu bergaya dan bersahaja. Maka, apabila mereka bergabung dalam itu bermaksud khayalak akan dihidangkan dengan sebuah persembahan penuh sensasi yang bertaraf antarabangsa. 

Jadi ayuh, jangan ketinggalan menyaksikan pertembungan muzik dan persembahan yang pertama seumpamanya dari Zee Avi dan Njwa secara eksklusif menerusi International Women’s Day With Zee Avi & Njwa pada 22 Mac 2019 (Jumaat) di PWTC, bermula pukul 8.45 malam. Konsert berdurasi 2 jam. 

Tiket-tiket berharga (Meet & Greet, RM388), (Diamond, RM288), (Platinum, RM228), ( Gold, RM188), (Silver, RM128) dan (Bronze, RM88) boleh didapati di https://airasiaredtix.com bermula 23 Januari 2018. 


Info lengkap mengenai konsert ini boleh didapati di 
Laman lnstagram: @showlabmy 
Laman Facebook: showlabmy 
Hashtag: #BalanceforBetter #lWDl9MY #ZeeAviNjwaConcert

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA