SINOPSIS “TITI KAYU” - ISTIMEWA TAHUN BAHARU CINA DI TV3
Ah
Lim atau lebih mesra disapa Alim (Michael Ang) seorang yang lurus bendul. Alim
sangat disenangi penduduk kampung yang majoritinya orang Melayu kerana
keramahan dan sikap ringan tulangnya walaupun dia berbangsa Cina Peranakan.
Walaupun sudah berusia 35 tahun, dia bersahabat baik dengan Umar yang baru
berumur 9 tahun. Rumah Alim dan Umar berhampiran namun dipisahkan dengan
sebatang sungai. Oleh itu, Alim terpaksa berkayuh basikal menggunakan jalan
raya yang agak jauh setiap hari untuk menemui Umar.
Alim dan Umar memikirkan alternatif untuk
membina sebuah titi kayu untuk menyeberangi sungai yang memisahkan rumah
mereka. Malah idea itu juga tercetus selepas dia terpaksa menggunakan laluan
jauh untuk membawa ibunya mendapatkan rawatan di hospital dan memakan masa yang
lama. Namun, idea mereka itu tidak diterima oleh ketua kampung iaitu Pak Samad.
Alim dan Umar tekad untuk membina titi kayu itu dengan tangan mereka sendiri
walaupun tidak mendapat bantuan orang kampung. Berjayakah Alim dan Umar dalam
misi mereka?
Pelakon: Michael Ang, Rizz
Amin, Jaja Iliyes DFKL, Rahim Omar, Auntie Margarat, Adik Syed Ali
Saksikan "Titi Kayu" di slot Cerekarama, TV3 pada hari Sabtu, 9 Februari, jam 9.00 malam.
Comments
Post a Comment