SISSY IMANN MAHU ANDA DENGARI "PESANAN AYAHANDA"



Setelah hampir 5 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air, 2018 merupakan tahun yang istimewa dan telah melonjak profil penyanyi dan penulis lagu muda, Sissy lmann. 

Bagi membuka lembaran seni dan membina momentum kerjaya seninya untuk tahun 2019, hari ini Sissy lmann melancarkan video muzik rasmi dan single terbaharunya yang berjudul ”PESANAN AYAHANDA”.

Apabila berita tentang Sissy lmann telah disunting oleh Faizal Tahir merebak pada Oktober tahun Ialu, rata-rata peminat tidak sabar menantikan hasil kerjasama mereka. 

Sejak beberapa minggu yang Ialu, penyanyi yang mesra disapa sebagai Sissy ini sudah mula mengacah peminat dengan memuat naik video teaser iagu terbaharunya menerusi Iaman Instagram.

Lagu ini merupakan single pertamanya di bawah naungan Faithful Music. ”PESANAN AYAHANDA” merupakan hasil ciptaan bersama Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo dan Sissy sendiri.

Tidak lari daripada identiti Sissy sebelum ini, gubahan muzik ”PESANAN AYAHANDA” membawa rentak bossa nova yang disulam dengan elemen pop.

Ditambah pula dengan kelunakan vokal klasik Sissy melantunkan bait-bait lirik kontemporari, ”PESANAN AYAHANDA” pastinya menawarkan suatu sajian halwa telinga yang unik buat pendengar muzik arus perdana tempatan.

Selari dengan Lirik Iagu ini, video muzik rasmi ”PESANAN AYAHANDA” membawa konsep drama muzikal yang diarahkan oleh Azhar lsmail. Yang Iebih menarik, video muzik ini juga menampilkan ibu dan bapa Sissy sendiri.

Video muzik rasmi “PESANAN AYAHANDA” boleh didapati di saluran Youtube Faithful Music pada hari ini dan single ini merupakan terbitan Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar.


”PESANAN AYAHANDA" boleh didapati di kesemua peiantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes pada 25 JANUARI 2019 yang lepas.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM