BMW MALAYSIA MEMPERKENALKAN KERETA SPORT ‘THE 8’.
Kiri- Sashi Ambi, Head of Corporate Communications; Harald Hoelzl, Managing Director of BMW Group Malaysia |
BMW Group Malaysia telah memperkenalkan ‘The 8’, ahli baharu dalam portfolio kenderaan mewah oleh pengeluar kenderaan premium ini. Dibangunkan di atas litar lumba untuk mengecapi tahap kelincahan, kejituan, dan keterampilan yang menakjubkan, ‘The 8’ menggabungkan enjin yang berkuasa tinggi dengan sistem pacuan semua roda yang pintar, BMW xDrive serta ia tampil dengan struktur reka bentuk yang mengguna pakai ‘BMW EfficientLightweight’ – ia bakal menetapkan tanda aras baharu dalam segmen kenderaan coupe mewah.
“Di BMW Group, kami sentiasa memberikan perhatian terhadap masa hadapan, dan Generasi Pertama BMW 8 Series membuktikan kenyataan tersebut. Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1989, coupe sport mewah ini tampak gah dan tidak dapat ditandingi oleh jentera lain dari segi prestasi, inovasi dan kemewahan. Ia merupakan kenderaan BMW pertama yang memperkenalkan pendikit (throttle) pacuan berwayar elektronik, Pengawal Stabiliti Dinamik (Dynamic Stability Control) dan Pengendalian Aktif Integral (Integral Active Steering) dengan penggunaan teknologi gandar belakang ‘multi-link’. Selepas tiga dekad, kami telah mengambil legasi yang berpaksikan masa hadapan menerusi BMW 8 Series, dan kami membawakan coupe sport mewah ini ke dalam era moden untuk menetapkan standard alaf baharu,” ujar En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.
‘The 8’ diperkenalkan menerusi varian BMW M850i xDrive Coupe yang menampilkan prestasi luar biasa, reka bentuk serba emotif, kemewahan alaf baharu, ciri-ciri yang canggih bagi teknologi paparan dan pengawalan, bantuan pemandu serta aspek keterhubungan.
Reka bentuk eksterior ‘The 8’ mendemonstrasikan kemodenan dengan tarikan yang bercirikan sport, serta penggayaan baharu yang memfokuskan kejelasan, kemodenan dan pesona emotif.
Enjin V8 terbaharu dengan daya penyampaian serta akustik kuasanya juga diperkenalkan buat julung kali menerusi BMW M850i xDrive Coupe, ia mempersembahkan daya penyampaian kuasa yang luar biasa dengan tona bunyi yang sama hebatnya, turut diperkayakan dengan sistem ekzos sport berkelepak (flap).
Penggayaan reka bentuk eksterior yang serba minimalis dan moden disinambungkan melalui ruang dalaman, ia mewujudkan sebuah ambien yang mewah dan menenangkan. Semua garisan reka bentuk menghala ke hadapan dan menonjolkan aspek pemanduan yang sporty. Kesemua elemen kawalan disusun dengan sebaiknya. Reka bentuk permukaan yang ringkas membolehkan material-material berkualiti tinggi yang diguna pakai dapat dilihat dengan jelas.
Dari segi penawaran warna eksterior, ‘The 8’ menawarkan seleksi warna yang terdiri daripada warna metalik ‘Carbon Black’, ‘Black Sapphire’, ‘Sonic Speed Blue’, ‘Barcelona Blue’, ‘Sunset Orange’ dan warna ‘Mineral White’ digandingkan dengan material kulit BMW Individual Merino sebagai kemasan bagi tempat duduk yang berwarna Hitam, Cognac atau Putih (Ivory White).
‘The 8’ akan mula ditawarkan menerusi semua pengedar BMW yang bertauliah di seluruh negara dari hari Jumaat, 15 Mac 2019. Ataupun, pelanggan boleh melayari www.bmwbethefirst.com.my untuk membuat pratempahan.
Program pembiayaan dinamik.
Dengan ‘Balloon Financing Plan’ daripada BMW Group Financial Services Malaysia, BMW M850i xDrive Coupe boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM 12,418.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).
Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh.
Pemilik ‘The 8’ juga boleh menikmati pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia, dan ia merangkumi::
- Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
- Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’
- Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
- Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - BMW White Card
- Servis Dalam Talian oleh BMW
Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan penawaran BMW Group Malaysia bagi Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Waranti Tayar BMW) ‘The 8’ ialah:
BMW M850i xDrive Coupe – RM 1,088,800.00
Comments
Post a Comment