EARLY NOISE 2019: TOMORROW X TOGETHER DI SPOTIFY



Inisiatif ‘Early Noise’ Spotify kembali lagi! Dalam usahanya untuk mencari dan menemui bakat-bakat baru dalam bidang muzik, tahun ini, ‘Early Noise’ mempersembahkan kumpulan K-pop yang dinanti-nantikan – TOMORROW X TOGETHER, juga dikenali sebagai TXT. Pada awal tahun ini, Big Hit Entertainment, syarikat rakaman di sebalik sensasi antarabangsa BTS mengumumkan bahawa TXT akan melancarkan EP debut mereka iaitu The Dream Chapter: STAR pada hari ini. Para peminat akhirnya boleh mendengarkan karya mereka.  

Bagi mempromosikan Early Noise 2019, Spotify teruja untuk berkongsi beberapa siri hiburan khas untuk para peminat TXT. Ini termasuklah lagu-lagu debut TXT, senarai lagu-lagu kegemaran dan temu bual audio istimewa yang menampilkan inspirasi muzik daripada kumpulan tersebut – semuanya kini didapati di playlist Spotify Early Noise 2019: TOMORROW X TOGETHER.

Mengikuti jejak langkah Stray Kids, kumpulan pilihan Early Noise tahun lalu, TXT ialah satu kumpulan K-pop yang terdiri daripada lima jejaka. Kumpulan ini dijangkakan bakal menjadi bintang K-Pop terkenal dan digilai ramai. Nama kumpulan naungan Big Hit, TOMORROW X TOGETHER, melambangkan impian bersama yang dikongsi antara ahli-ahli kumpulan TXT bagi mencipta masa depan yang lebih cerah. Kumpulan TXT terdiri daripada Soobin, ketua kumpulan; Yeonjun, seorang penyanyi rap dan penari; Beomgyu yang sangat berbakat dalam pelbagai seni; Taehyun, ahli kumpulan yang paling diminati ramai; dan Huening Kai, yang berusia 16 tahun. Beliau merupakan ‘maknae’ (ahli termuda) dalam kumpulan.

Walaupun TXT baru sahaja melancarkan EP debut mereka, The Dream Chapter: STAR, mereka telah berjaya meraih lebih daripada 1.4 juta pengikut di Twitter dan 2.7 juta pengikut di Instagram. Semuanya dicapai sebelum mereka melancarkan lagu yang pertama. Ternyata kumpulan peminat TXT sungguh ramai sekali!

“Early Noise merupakan inisiatif utama Spotify bagi mencungkil bakat-bakat bidang muzik yang baru. Kami amat berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam usaha mengangkat nama TXT ke persada muzik K-Pop. Melalui inisiatif Early Noise, kami percaya bahawa Spotify berupaya membina nama TXT di peringkat antarabangsa dan menghubungkan TXT dengan para peminat dari seluruh dunia,” kata Ketua Pemasaran Artis & Label Spotify Asia, Chee Meng, Tan.




Para peminat boleh menikmati hiburan berikut di playlist Spotify Early Noise 2019: TOMORROW X TOGETHER:

      Temu bual audio istimewa bersama-sama TXT untuk para peminat mengenali setiap ahli TXT, inspirasi serta muzik mereka dengan lebih lanjut. Antara soalan-soalan yang dijawab oleh TXT termasuklah berkenaan artis kegemaran mereka, aspirasi muzik untuk peminat, dan impian yang ingin mereka capai sebagai sebuah kumpulan muzik.

      Senarai lagu - Blue Orangeade, CROWN, Our Summer, Cat & Dog, Nap of a Star

     Pilihan lagu-lagu kegemaran ahli-ahli TXT yang disusun khas untuk para peminat mereka.

Inginkan lebih lagi? Pastikan anda mengikuti @SpotifyKDaebak, saluran khusus untuk K-Pop kami di Twitter, bagi mendapatkan lebih banyak maklumat menarik mengenai TXT!


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!