GUARDIAN CABAR WANITA UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN POSITIF



Kehidupan yang penuh dengan komitmen dan kesihatan sekeliling untuk pengguna, Guardian Malaysia meraikan Hari Wanita Sedunia dengan menganjurkan penginapan dua hari satu malam di The Chateau Spa and Organic Wellnes Resort untuk lima tokoh pengaruh terpilih – Sazzy Falak, Atita Haris, Tash Yong, Jorise Lee dan Elecher Lee, bersama dua ikon popular di YouTube, Nisha Ezzati dan Aisyah Habshee bersama 20 pemenang dari kempen awam yang diadakan sebelum ini.

Tujuan utama percutian unik ini adalah untuk mendedahkan mereka dengan tahap kesihatan di dalam setiap aspek kehidupan agar mereka muncul lebih sihat dan lebih cantik ketika berdepan dengan tahap tekanan yang tinggi.

Sesungguhnya wanita menanggung banyak tanggungjawab selain mengisi banyak kuasa ekonomi di dalam dunia sekarang. Maka tidak hairanlah, kata orang tua yang mengatakan bahawa wanita boleh menguasai sebahagian daripada langit. 

Kajian baru-baru ini berkenaan universiti-universiti di Malaysia menunjukkan kemasukan para pelajar wanita adalah lebih dari separuh sejak tahun 2015, sementara itu sesetangah jawatan tertinggi di dalam sektor awam dan swasta menunjukkan penguasaan dari kaum wanita. Tidaklah sesuatu yang mengejutkan kerana daripada laporan maklumat dan syarikta media, Nielsen menunjukkan wanita di Malaysia berkedudukan di tangga ke -16 paling tertekan di dunia.

Pengurus Jenama Kesihatan dan Kecantikan Guardian Malaysia dan Brunei, Michelle Yeap Hoon Li berkata, peranan wanita di dalam masyarakat hari ini telah berubah sama sekali. Oleh itu, keupayaan melakukan pelbagai tugasan meliputi suri rumah tangga, pencari nafkah, ibu, pengajar dan lain-lain adalah penyumbang utama kepada kadar tekanan berterusan kepada wanita.

“Sempena objektif Hari Wanita Antarabangsa, Guardian Malaysia mencabar para wanita mengambil tindakan positif di dalam mewujudkan dunia yang lebih baik untuk diri mereka menerusi langkah-langkah yang lebih praktikal. Sejajar itu, kempen ini khususnya ditujukan bagi mengukuhkan kedudukan wanita dari segi mencari kehidupan yang seimbang antara kerja, aktiviti masa lapang dan masa berehat,” jelas Yeap.


Semasa tempoh kempen tersebut, semua pengikut wanita di dalam media sosial Guardian Malaysia telah dijemput memberi komen di bawah hantaran Hari Wanita Antarabangsa dengan memberi sebab kenapa mereka bersungguh-sungguh untuk memenangi pakej percutian yang ditawarkan itu. 

Mereka harus mengakhiri setiap penyertaan dengan #BalanceForBetter. Dua puluh pemenang selepas itu akan dipilih untuk menyertai Program Guardian Women Empowerment “Balance For Better” dari 8 hingga 9 Mac 2019. Penaja lain yang turut serta termasuklah Derma 365, Happy Mask, Nature’s Heart, BeYoutiful dan Botaneco Garden.

Selain dari itu, Guardian Malaysia turut menjemput semua wanita melakukan aksi-aksi kreatif dan berkongsi kesemua itu di dalam media sosial bagi mewujudkan kesedaran serta menunjukkan sokongan sempena tarikh sebenar Hari Wanita Antarabangsa 2019, menggunakan tanda pagar #BalanceFor Better.

Ketika program yang dikendalikan itu berlangsung, kedua-dua pengaruh serta ikon popular dan juga para pemenang menjalani aktiviti-aktiviti menarik dan menyeronokkan di samping berkongsi tip-tip santai serta aktiviti berehat bagi penjagaan kehidupan seharian mereka. Khidmat profesional turut disediakan di dalam pelbagai sesi tutorial bagi memenuhi pelabagai keperluan. Turut serta perunding kecantikan yang membantu mereka memahami cara penjagaan kulit menerusi topik ceramah berkaitan penjagaan kulit.

Di samping itu, kelas kecantikan yang menyeronokkan itu, turut diajar kepada para pesereta berkaitan teknik solekan beserta nasihat cara gaya dandanan yang bersesuaian dengan tema majlis. Penceramah profesional turut dijemput bagi berkongsi isu berkaitan pengurusan tekanan.

Selain itu, para peserta turut menjalani sesi praktikal yang menyeronokkan dengan mempelajari cara penyediaan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membolehkan mereka mempraktikan di dalam kehidupan seharian.


Acara lain yang turut diadakan ialah sesi terapi bunyi di mana para peserta dibawa ke dalam dunia lain dengan badan, minda dan jiwa mereka dirawat oleh teraputik yang terbukti keberkesanannya secara klinikal dan proses penyembuhan melalui terapi bunyi.

Sudah tentu, proses kesihatan tidak lengkap tanpa sesi yoga. Pada hari terakhir penginapan mereka, para peserta telah dibawa ke sesi pagi bagi menjalani amalan 5,000 tahun minda dan badan. Menggabungkan campuran fizikal postur, teknik pernafasan, meditasi dan kepelbagaian gaya teknik rehat. Tiada apa yang perlu dikatakan bahawa kesemua wanita merasakan diri mereka terdapat perubahan ketara dan merasakan lebih banyak pengaruh positif bagi mengharungi cabaran di masa depan.

Berikutan objektif kempen ini tercapai, para peserta amat berkeyakinan untuk merubah kehidupan masing-masing ke arah yang lebih baik.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!