“KAWS: HOLIDAY” BAKAL TIBA DI PERAIRAN HONG KONG



Berikutan kejayaan besar di Seoul dan Taipei, KAWS: HOLIDAY akan membuat perhentian ketiga di Hong Kong, di Victoria Harbour yang ikonik! Bekerjasama sekali lagi dengan AllRightsReserved, rakan usaha sama lama, KAWS: HOLIDAY di Hong Kong ialah COMPANION monumental berukuran 37-meter panjang, satu ciri istimewa KAWS.

Dibuat berasaskan kombinasi warna kelabu yang baharu, dalam kedudukan santai dan berbaring, KAWS: HOLIDAY Hong Kong adalah usaha terbesar arca berbaring  oleh seorang artis hingga kini.

Ia bakal dipamerkan pada akhir bulan ini, serentak dengan acara tahunan "Bulan Kesenian Hong Kong" di mana bandar ini dipenuhi dengan banyak acara kesenian dan kebudayaan. 

Dipersembahkan oleh Asia Miles dan disokong sepenuhnya oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong, KAWS: HOLIDAY mengalu-alukan semua pengumpul seni tempatan dan antarabangsa, pelancong, pencinta dan peminat seni dan mengajak mereka untuk memperlahankan aktiviti mereka, berehat dan menikmati acara ini. 

KAWS: HOLIDAY Hong Kong akan dipamerkan di Victoria Harbour Hong Kong dari 22 hingga 31 Mac 2019, di mana ia dapat dilihat berdekatan dengan Central and Western District Promenade - Central Section. 

Bercakap mengenai KAWS, yang pasti salah satu artis paling berpengaruh pada zaman kita, dan hasil kerjanya, kerjasama yang lama dengan SK Lam, Pengarah Kreatif dan Kurator, AllRightsReserved berkata, "Pada tahun 2010, pertama kali kami membawa KAWS ke Hong Kong. Kami sangat teruja untuk mempersembahkan karya seni luar negara KAWS: HOLIDAY ini di kampung halaman kami Hong Kong, hampir 10 tahun selepas mesyuarat pertama kami."   

Encik Anthony Lau, Pengarah Eksekutif, Lembaga Pelancongan Hong Kong berkata, "Mac adalah Bulan Kesenian Tahunan Hong Kong, di mana terdapat pelbagai acara kesenian dan kebudayaan di bandar ini  yang menarik ramai pencinta seni dari seluruh dunia untuk datang melawat. Kami amat berbesar hati untuk pemasangan seni luar KAWS: HOLIDAY yang akan tiba ke Pelabuhan Victoria pada bulan ini, memberikan pengalaman baru kepada pelancong kami yang cintakan seni. 

Sebagai salah satu acara penting Bulan Kesenian, KAWS: HOLIDAY pasti akan menarik lebih banyak pendedahan antarabangsa, mengukuhkan imej Hong Kong sebagai pusat kesenian antarabangsa." 

Artis KAWS akan tiba ke bandar ini dan memperkenalkan KAWS: HOLIDAY dengan tetamu lain yang merasmi dan memulakan pameran selama 10 hari di sepanjang pelabuhan. 

Notis KAWS: HOLIDAY Hong Kong: Kawasan di sekeliling karya seni akan ditutup jika keadaan cuaca buruk berlaku. Nantikan pengumuman di saluran rasmi AllRightsReserved.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA