KONSERT AMAL LAGENDA 80AN DI ISTANA BUDAYA



Persatuan Kebajikan Cahaya Qasih Malaysia (PKCQM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya bersama Istana Budaya akan mengadakan Konsert Amal Legenda 80an, yang bertempat di Panggung Sari Istana Budaya pada 19 & 20 April 2019, yang akan datang.

Seramai 22 orang artis akan membuat persembahan dalam konsert amal selama dua hari.

Pelawak Abon bakal mengacarakan konsert amal pada malam pertama, 19 April 2019. Penonton bakal dihiburkan oleh penyanyi handalan seperti Dato' Nassier Wahab, Dato Malek Radzuan, Dato' Nash, Shidee, Razis Ismail, Zaiton Sameon, Rohana Jalil, Noor Shila Amin dan juga persembahan pembukaan dari artis rancangan realti iaitu Sam Iskandar Sinaran Passport Kegemilangan, Rizal Ahmad Bintang Klasik, Seri Kilauan Emas, Isma Akedemi Fantasia.


Pada malam kedua, 20 Apirl 2019, artis jemputan yang akan membuat persembahan adalah Ramasundran bersama Angeline Tan, Ibnor Riza, Dato' Nassier Wahab, Dato' Malek Radzuan, Dato' Nash, Zamree, Zur Eda, Siti Fairuz, Kithsom Kader, Salwa Abdul Rahman dan juga Azizul Khamis.


Tujuan konsert ini diadakan dengan harapan pihak kami dapat mencari dana bagi membantu mereka yang rnemerlukan bantuan kewangan termasuk juga rakan artis seperti Eby Yus, Saudara Mohd Azha Hamzah bekas seorang wartawan, Puan Fatimah Ahmad balu kepada penyanyi era 50an Allahyarham MY Shamsudin dan juga balu serta anak-anak kepada bekas vokalist SYJ Sofea iaitu Allahyarham Mohd Rosdi Bahadon serta membantu golongan asnaf dan anak-anak yatim di bawah jagaan Cahaya Qasih.

Selain itu, PKCQM juga terpanggil untuk membantu Sekolah Kebangsaan Hulu Yam Baharu yang berusia 101 Tahun. Sekolah ini kekurangan dana untuk aktiviti kokurikulum dan juga urusan pentadbiran.  

Tiket Konsert Amal Lagenda 80an berharga RM500, RM250, RM150, RM100 dan juga RM50. Tiket boleh tempah sekarang di https://www.ilassotickets.com/

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi wakil PKCQM di talian 019-4923312 atau 011-11600049.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM