MAFIDZ BAWAKAN SHOWCASE GENRE FOLK-POP "ADA ANGIN & HATI"



Mafidz, kumpulan baru yang terkenal membawa genre ‘​Folk-Pop’ serta gabungan unsur-unsur muzik Nusantara akan mengadakan ​showcase solo pertama pada hujung bulan ini setelah menerbitkan album sulung mereka berjudul ‘Ada Angin & Hati’ pada September lalu. Album tersebut diterbitkan dibawah label mereka sendiri, Impact Diversified Consultancy dan telah mendapat sambutan positif yang meluas dari pendengar dan pengkritik muzik luar serta tanah air. 

Sebagai tanda terima kasih dan menghargai media serta peminat yang telah mendukung kehadiran Mafidz di industri muzik tempatan, Mafidz akan mengadakan persembahan muzikal sekaligus pelancaran album ini secara rasmi di acara ‘Ada Angin & Hati’ Musical Showcase. Mafidz berharap para peminat muzik tanah air dapat memberi sokongan dan berkesempatan untuk hadir ke acara yang penuh bermakna ini. 


Tiket ​‘early-bird’ telah pun habis dijual dan kini hanya tiket​‘regular’ berharga RM40 yang masih boleh dibeli. Barangan rasmi Mafidz seperti ‘CD Album’ dan ​‘T-Shirt’ akan turut dijual dengan harga promosi yang sangat berbaloi pada hari acara dilangsungkan. Untuk mendapatkan tiket, orang ramai boleh menghubungi pihak pengurusan menggunakan aplikasi Whatsapp di ​+6011 2345 4169. 

Mafidz diketuai oleh tiga beradik yang berasal dari keluarga yang meminati seni iaitu Megat Hafidz (vokal), Megat Fazly (vokal & gitar akustik) & Megat Aizzat (vokal & perkusi) yang berperanan sebagai pencipta, penggubah dan penulis lirik dalam album sulung mereka.


Usaha mereka seolah meneruskan legasi bapa saudara mereka iaitu Almarhum Megat Ismail, seorang komposer lagu antara lainnya adalah lagu ‘Metropolitan - Fikirkan Boleh’, dan juga penulis lirik untuk lagu ‘Exists - Untukmu Ibu’. Mafidz membawakan lagu-lagu yang berunsur positif dan berjiwa rakyat serta menjadikan muzik sebagai kerjaya sepenuh masa. Mempunyai keinginan untuk memberi warna ke dalam industri muzik tempatan, Mafidz bekerjasama dengan lima orang pemuzik profesional sebagai pemain tetap Mafidz yang menggunakan alat muzik seperti double bass, piano, gitar elektrik, perkusi dan cello. 

Mafidz telah membuat persembahan antarabangsa mereka yang pertama di acara ‘International Indie Music Festival’ di Jakarta, Indonesia pada bulan Oktober 2018. Mereka menghiburkan para penonton yang hadir di acara tersebut dengan persembahan kesemua lapan buah lagu dari album ‘Ada Angin & Hati’ yang dicetak pada bulan September 2018. 


Berikut adalah informasi tentang ‘Ada Angin & Hati’ Musical Showcase anjuran Mafidz Music Management: 

Tarikh / Hari : ​23 Mac 2019 (Sabtu)
Tempat : ​Angkasa Space, 1-1 Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, 56000 Kuala Lumpur 
Masa : ​8.00 malam
Harga Tiket : ​Regular RM40 

Untuk mengetahui semua perkembangan terkini dan mengenali Mafidz dengan lebih lanjut, boleh terus melayari laman sosial mereka di Instagram (​@mafidzofficial​) dan Twitter (​@mafidzofficial​).

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA