13 FINALIS MISS AMAZING MALAYSIA DIUMUMKAN



Pertandingan Ratu Cantik Kelainan Upaya, Miss Amazing Malaysia 2019 semakin menghampiri kemuncaknya apabila 13 finalis diumumkan di dalam satu sidang media di Westlane Place, Petaling Jaya baru-baru ini. Selepas pencarian selama enam bulan, Peringkat Akhir pertandingan ini bakal diadakan pada 9 Mac 2019 di tempat yang sama.

Tujuan utama diadakan satu pertandingan seumpama ini adalah untuk membantu golongan wanita ini berhadapan dengan dunia luar. Peserta yang layak menyertai Pertandingan Miss Amazing Malaysia ini, selain daripada kalangan mereka yang down syndrome, juga layak disertai oleh wanita yang menghidap sejenis penyakit kulit iaitu vitilago, penghidap lupus, scoliosis, autism dan dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).

Miss Amazing Malaysia dianjurkan oleh Amazing Girls Solution dan diasaskan oleh Maynicca Dewi Rajamanikam, yang juga adalah Naib Johan Mrs India Worldwide Malaysia 2018.


Senarai Finalis Miss Amazing Malaysia 2019

1. Siti Nur Aisyah, 19, Student (Down Syndrome)

2. Charmaine Chan, 29, Toy Library Admin (Down Syndrome)

3. Nur Athirah Idrus, 17, Student (Down Syndrome)

4. Susanna Cheah, 19, Student (Down Syndrome)

5. Tabitha, 18, Student (Down Syndrome)

6. Wan Alyaa Azri, 19, Childminder (Down Syndrome)

7. Dr. Nik Norziehana Che Isa, 33, Teacher (Scoliosis)

8. Nor Athira Sujino, 24, Commis Chef (Lupus)

9. Nurhana Md Yusof, 28, Student and Full Time Model (Albinism}

10. Sofia Lovi Ramasamy, 38, Human Resource Business Partner

(Psoriatic Arthritis)

11. Rachel Siew, 29, Community Advocate (Morquio A Syndrome}

12. Lynda Lim, 23, Student (Autistic)

13. Punitha Palaniaapan, 34, Admin Executive (Teacher Collins Syndrome)

Untuk maklumat lanjut tentang Miss Amazing Malaysia, sila layari https://www.facebook.com/pages/category/Cause/Miss-Amazing-Malaysia-227381894798408/

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING