NABIL AHMAD DAN NEELOFA TARIK DIRI DARIPADA ‘AME 2019’



Selebriti popular yang juga merupakan pasangan hos sensasi untuk program ‘MeleTOP’ iaitu Nabil Ahmad dan Neelofa mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dalam ‘AME 2019’. Namun begitu, mereka masih kekal sebagai pengacara pentas ‘AME 2019’.

Selepas undian fasa pertama ditutup, Nabil Ahmad telah disenarai pendek untuk pencalonan akhir bagi kategori ‘Hos MeleTOP’. Manakala Neelofa pula tercalon untuk dua kategori iaitu ‘Fesyen MeleTOP’ dan ‘Hos MeleTOP’.

Dengan keputusan itu, selebriti dengan undian tertinggi selepas Nabil dan Neelofa secara automatik diputuskan untuk mengisi senarai pencalonan akhir ‘AME 2019’ bagi kategori berkenaan.

‘AME 2019’ bakal mengetengahkan tema ‘Glam’ penuh gemerlapan dengan tagline ‘Yang Legit, Yang Legend’ yang dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 21 April 2019, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). 

Sebagai bonus, acara ini turut boleh diakses menerusi program ‘Live Streaming AME 2019’ yang disiarkan menerusi platfrom digital di saluran YouTube ‘MeleTOP’, Astro Go, NJOI Now dan On Demand pada 21 April kelak bermula jam 8.30 malam untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Bagi memastikan ketelusan penganjuran ‘AME 2019’, badan audit bertauliah ‘W.L. Chong & Associates’ telah dilantik untuk menyelia sebarang keputusan yang melibatkan undian orang ramai.

Remy Ishak, Syafiq Kyle, Zizan Razak dan Fattah Amin mendominasi pencalonan akhir untuk tiga kategori individu.


Undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori pula boleh dibuat menerusi laman web ‘AME 2019’ dan portal ERA serta melalui kiriman SMS bermula 19 Mac 2019, jam 6.00 petang hingga 21 April 2019, jam 12.00 tengahari. 

Pemenang untuk setiap kategori akan diumumkan sewaktu siaran langsung malam ‘AME 2019’ kelak. Setiap undian yang dihantar haruslah diterima dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM