PANGSAPURI SELANGORKU IDAMAN RESIDENSI PKNS SIAP TAHUN 2021



Menyahut saranan kerajaan negeri utuk membina lebih banyak rumah mampu-milik (RRM) kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana, PKNS telah melancarkan projek terbarunya, Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi di Seksyen 6, Selangor Cyber Valley (SCV) di Cyberjaya.

Y.A.B. Tuan Amirudin Bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor

Inisiatif ini selaras dengan hasrat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membina 1 juta unit RMM dalam jangkamasa 10 tahun akan datang. Terletak berhampiran dengan Cyberjaya dan Putrajaya, SCV adalah pusat perbandaran kesebelas yang dibangunkan oleh PKNS untuk menarik peluang pelaburan dan perniagaan.



Majlis Pelancaran Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi, Seksyen 6, Selangor Cyber Valley telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tuan Amirudin Bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar negeri, Haniza Mohamed Talha dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Norita Mohd. Sidek.


Dengan rekabentuk moden menepati citarasa masyarakat masa kini serta mempunyai perincian kemas dan eksklusif, Selangorku Idaman Residensi dibina di atas tapak seluas 14.41 ekar (5.83 hektar). Residensi ini terbahagi kepada dua blok iaitu Blok A dengan 14 tingkat manakala Blok B mempunyai 15 tingkat.


Terdapat 864 unit termasuk empat unit mesra orang kurang upaya (OKU) berkeluasan 1,000 kp di residensi ini. Setiap unit dilengkapi dengan 3 bilik, 2 bilik air dan 2 tempat letak kereta. Harga seunit rumah yang ditawarkan kepada orang ramai adalah RM232,000.

Rumah contoh - Ruang Tamu

Rumah Contoh - Bilik Tidur Utama

Rumah Contoh - Bilik Kanak-kanak

Antara kemudahan awam yang disediakan adalah surau, dewan serbaguna, pondok pengawal, tadika, kedai, pejabat pengurusan bangunan dan bilik pengurusan jenazah, tempat letak kereta 4 tingkat dan sebagainya.


Selangorku Idaman Residensi terletak di pembangunan bandar pintar yang berdekatan dengan lebuh raya utama seperti Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), ELITE dan Lebuhraya Maju Expressway (MEX). 


Jarak residensi adalah 17km daripada Putrajaya dan 29km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Salah satu lagi tarikan kediaman ini adalah lokasi yang strategik dan berhampiran dengan kemudahan seperti pusat beli-belah, selain institusi pendidikan.

Pusat Membeli-belah
  • D'Pulze shopping Centre (7 km)
  • Shaftsbury Square (8 km)
  • Centrus Mall (7 km) 

Institusi Pendidikan
  • Multimedia University (MMU) (4km)
  • Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) (5km)
  • Limkokwing University of Creative Technology (10.5km)
  • Islamic University Malaysia (UIA) (7km)
  • Brainy Bunch lntemational School (8km)
  • ELC International School (6km)
  • Korean International School (1km)
  • FTMS College (5km)
  • Kirby International College (6km)
  • Mahsa University College (11km)


Pembinaan rumah dijangka siap pada Disember tahun depan, manakala jangkaan Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) diperolehi pada pertengahan 2021.



Pendaftaran Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi dibuka bermula hari ini. Orang ramai yang berminat boleh layari laman sesawang LPHS di http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/ untuk memohon Rumah Selangorku ini secara atas talian.

Untuk maklumat lanjut tentang projek Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi PKNS @ Cyberjaya, layarilah www.pkns-property.com atau laman Facebook PKNS Property.

Kepada yang berminat, anda juga boleh menghubungi talian 019-2139991, 018-2051713, 014-3361891, 017-3634821, 013-5224122, 019-6994004 atau Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Selatan di 03-89262000. 


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!