Di bulan Ramadan nanti, Chakri Palace bakal membawakan lagi hidangan bufet pasti menyelerakan dengan citarasa Thai dan juga tempatan untuk promosi “Tantalizing Tastes of Thailand” di restoran Chakri Palace Sky View Dorsett Hotel Hartamas, Imperial Chakri Palace KLCC dan Chakri Palace Pavilion KL mulai 13 Mei 2019.
Tambat selera anda dengan lebih 50 sajian enak Thai asli dan tempatan yang dihasilkan oleh pasukan chef Thai yang penuh dedikasi. Antara pembuka selera yang dihidangkan adalah ulam-ulaman dan kerabu, seperti Kerabu Mangga Thai (Thai Mango Salad), Salad Betik (Thai Papaya Salad), dan makanan tradisional Thai yang popular yang diperbuat daripada tujuh ramuan iaitu “Mieng Kam”, Samosa, Popiah Thai, Mi Goreng Rangup Thai (Thai Crispy Fried Noodles) dan banyak lagi.
 |
Mieng Kam |
 |
Popiah Thai |
 |
Aneka Kerabu/ Salad Thai |
Sebagai hidangan utama, anda boleh mendapatkan pilihan sajian Thai yang terbaik seperti kari hijau kambing, udang sos mentega dengan telur masin, sotong goreng telur masin, sup tomyam makanan laut, daging masak lada hitam dan ikan masam manis.
 |
Daging Masak Lada Hitam |
 |
Sayuran Goreng |
 |
Sotong |
 |
Udang Sos Mentega dengan Telur Masin |
 |
Kuey Teow Goreng Udang |
 |
Ikan Goreng dengan Sos Samrod |
 |
Ikan Kukus Limau Bercili |
Kepada yang gemarkan citarasa tempatan untuk berbuka puasa, hidangan kegemaran rakyat Malaysia juga ditawarkan seperti rendang daging tok, masak lemak gulai daging, ayam kapitan dan nasi beriani.
 |
Nasi Beriani |
 |
Ayam Kapitan |
 |
Rendang Tok |
Terdapat juga stesen masakan secara langsung yang menghidangkan sate ayam dan daging, ikan bakar dan mi tomyam.
 |
Ramuan Laksa Thai |
 |
Ramuan Tom Yam Seafood |
 |
Sate Ayam & Daging |
Lengkapkan hidangan anda dengan manisan popular Thai seperti red ruby waterchestnut, pulut mangga dan juga sajian tempatan seperti kuih-muih Melayu, bubur jagung, pengat pisang dan banyak lagi.
 |
Pulut Mangga |
 |
Manisan Labu dalam Kelapa (Pumpkin in Coconut) |
 |
Pengat Pisang |
 |
Buah-buahan Segar |
 |
Agar-agar Thai |
 |
Kek Ubi Kayu |
Promosi Buka Puasa Ramadan “Tantalizing Tastes of Thailand” di restoran Chakri Palace Sky View Dorsett Hotel Hartamas, Imperial Chakri Palace KLCC & Chakri Palace Pavilion boleh didapati setiap hari mulai 9 Mei 2019. Tiga menu hidangan akan ditampilkan bersilih-ganti di sepanjang bulan Ramadan dan boleh didapati mulai jam 7.00 petang.
Harga untuk seorang dewasa adalah RM128++ (Dorsett Hotel Hartamas) RM108.80++ (KLCC) & RM98.80++ (Pavilion) dewasa, RM64++ (Dorsett Hotel Hartamas) RM54.40++ (KLCC) & RM49.40++ (Pavilion) untuk seorang kanak-kanak berumur di antara 6 dan 10 Tahun dan juga utnuk warga emas berumur 60 tahun ke atas. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun boleh makan dengan PERCUMA.
Dapatkan tiket anda sebelum 9 Mei untuk menikmati diskaun 20%. Tawaran
Early Bird boleh didapati dengan tempahan minimum 4 orang)
Muat turun aplikasi Chakri di
http://bit.ly/20F3M34 untuk mendapatkan harga promosi
early bird dengan diskaun 20% sebelum 9 Mei 2019. Harga selepas diskaun untuk seorang adalah RM102.40++ dewasa (Dorsett Hotel Hartamas) RM87++ dewasa (KLCC) RM79++ dewasa (Pavilion). Tawaran
Early bird sah dalam tempoh 11 Mac 2019 sehingga 9 May 2019 sahaja. Tempahan secara pukal
(Group Booking) BELI 5 DAPAT 1 PERCUMA juga ditawarkan.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi talian 03 26021031 (Dorsett Hotel Hartamas) 03 23827788 (KLCC) 03 21431141(Pavilion) dan 016 2277182 atau e-mel ke
marketing@chakri.com.my atau layari
https://www.chakri.com.my/shop/
Comments
Post a Comment