TRIUMPH LANCAR KOLEKSI BARU MUSIM BUNGA 2019

Pilihan baharu coli telus udara dan ringan yang memberikan anda kebebasan yang unggul akan dilancarkan khusus sempena Musim Bunga ini.
Busa memori digabungkan dengan lapisan busa lembut untuk menghasikan coli-coli selesa ini. Fabrik yang licin dan rekaan yang tidak berkelim juga menjadikan coli-coli Baju-T ini bebas daripada garisan yang jelas dilihat khalayak.
Coli Baju-T ini didatangkan dengan pelbagai rekaan yang sesuai dengan segenap acara. Coli Push-Up Berwayar mewujudkan lurah dada yang sempurna, sementara Coli Berpad Berwayar pula menawarkan sokongan dengan keperincian permukaan yang licin.
Coli Push-Up Tanpa Wayar menampilkan rekaan inovatif yang menaikkan payudara tanpa mengabaikan keselesaan dan sokongan, manakala Coli Berpad Tanpa Wayar adalah bersifat versatil dan selesa dengan rekaan tarik ke bawah untuk dipakai.
Rangkaian coli-coli Baju-T ini disediakan dalam warna Hitam, Merah Jambu, Nude dan Biru serta didatangkan dengan padanan seluar dalam Frenchie atau Hipster.
Koleksi Coli Baju-T baharu ini kini boleh didapati di rangkaian-rangkaian utama di seluruh negara.
Pencarian pusat jualan paling hampir dengan anda boleh dibuat menerusi pautan www.triumph.com/my/en/992.html.
Ia ditawarkan pada harga RM209 sehelai, manakala rangkaian seluar dalam berharga dari RM79.90 ke RM89.90 sehelai.
Comments
Post a Comment