|
Bubur Pedas - Wajib dicuba di Chatz Brasserie di bulan Ramadan |
Bertemakan ‘Selera Istimewa Bonda’, PARKROYAL Kuala Lumpur bakal membawakan Promosi Ramadan yang istimewa mulai 5 Mei sehingga 4 Jun 2019. Pasukan chef-chef berpengalaman di hotel ini bakal memperkenalkan hidangan-hidangan lazat yang membawakan nostalgia seperti mana masakan ibu di kampung.
Bertempat di Chatz Brasserie yang terletak di aras bawah lobi, para pengunjung boleh menikmati ratusan hidangan tempatan dan antarabangsa di PARKROYAL Hotel KL.
|
Ayam Pansuh |
Dari tinjauan Team FemagOnline, banyak hidangan tradisi Sarawak yang di tampilkan di bufet ramadan ini. Antara hidangan yang wajib dicuba adalah ‘Manok Pansuh’, satu resepi turun-temurun Dayak Iban dan Dayak Bidayuh yang terkenal dari negeri Sarawak. Daging ayam yang empuk ini dimasak di dalam buluh bersama rempah, daun ubi kayu, cili dan bawang. Pasti menyelerakan apabila dimakan dengan nasi putih panas-panas.
|
Mee Kolok |
Kepada yang inginkan citarasa Mee Kolok asli dari Sarawak, sila ke stesen mee di mana anda akan dihidangkan dengan Mee Kolok, resepi signatur dari Chef Stewart.
Bubur Lambuk menang menjadi hidangan wajib bagi meraikan bulan Ramadan yang mulia. Selain daripada Bubur Lambuk, Chatz Brasserie juga menampilkan Bubur Pedas, bubur kegemaran orang-orang Sarawak di bulan Puasa. Menurut Chef Stewart, ramuan bubur utama bubur ini adalah bumbu istimewa, daging dan perut lembu.
|
Lok-lok |
Kepada yang sukakan makanan jalanan, Lok-lok, Chatz Brasserie menawarkan aneka ramuan lok-lok untuk direbus dan dimakan dengan lebih daripada sepuluh sos istimewa buatan rumah.
Jom kita tengok apa lagi hidangan yang mesti korang cuba di ‘Selera Istimewa Bonda’, PARKROYAL Kuala Lumpur:
|
Daging Gril
|
|
Aneka pembuka selera |
|
Ulam-ulam kampung |
|
Rojak Buah-buahan |
|
Pasembor |
|
Kambing Bakar |
|
Masakan Melayu Tradisional |
|
Asam Pedas Ekor Lembu |
|
Briyani Tanam Daging |
|
Ayam Pansoh |
|
Seafood on Ice |
|
Stesen Murtabak |
|
Asam Pedas Ikan Tenggiri |
|
Tempe Kacang Panjang Berlada |
|
Ikan Duri Masak Berlada |
|
Udang Goreng Mamak |
|
Rendang Puyuh |
|
Apam Balik |
|
Buah-buahan segar |
|
Kuih-muih asli Melayu |
|
Minuman sejuk yang menyegarkan |
|
Mesti cuba - Chatz Air Janda Pulang |
Tempahan awal dengan harga istimewa RM98 seorang dewasa boleh dibuat sekarang sehingga 1 Mei. Harga biasa adalah RM138 untuk seorang dewasa dan RM69 untuk kanak-kanak. Untuk tempahan, sila hubungi talian 03 2782 8301 atai emel
chatz.prkul@parkroyalhotels.com
Laman web rasmi:
https://www.panpacific.com/en/hotels-and-resorts/pr-kuala-lumpur.html
Laman Facebook:
https://www.facebook.com/PARKROYALKualaLumpur/
Laman Instagram:
https://www.instagram.com/parkroyalkualalumpur/
Comments
Post a Comment