GRABFOOD KINI DI DALAM APP SUPER PENGGUNA - GRAB
Grab hari ini mengumumkan bahawa perkhidmatan hantaran makanan paling pantas berkembang di Malaysia - GrabFood, akan kembali bersama dengan super app pengguna harian Grab. Langkah ini akan memberikan pengalaman app yang lebih selesa kepada rakan-rakan restoran dan penghantaran, manakala bagi pelanggan GrabFood pula, tidak lagi perlu lagi app yang berasingan.
Langkah terbaru ini
memang tepat pada masanya, ketika GrabFood meraikan ulang tahun pertama
perkhidmatan penghantaran makanan kegemaran setempat dan Malaysia terus ke
pihak pelanggan, sekaligus memantapkan kedudukan Grab sebagai super app harian
terkemuka di Asia Tenggara.
“Ketika GrabFood
mula beroperasi, memang ia melalui detik getir, namun kami mengharungi cabaran
itu dan belajar daripada kesusahan yang dihadapi. Bersama-sama dengan rakan
restoran, kami menganjurkan kempen setempat yang unik seperti The People’s Pick, BubbleTeatime dan BokBokBokBuster
yang bertujuan menggembirakan pelanggan GrabFood kerana mereka dapat
menikmati makanan kegemaran masing-masing, sekaligus menawan hati warga
Malaysia. Sejak dilancarkan tahun lalu, pesanan diterima berkembang 30% setiap
bulan, dan hari ini, kami telah berjaya menghantar lebih dua juta pesanan! Ini membuktikan khidmat penghantaran
makanan kami telah berjaya menyediakan setahap lagi keselesaan kepada
pengalaman harian pelanggan. Langkah menggabung app GrabFood dengan app Grab
akan membawa lebih nilai dan peluang kepada
semua yang terlibat dengan ekosistem GrabFood,” kata Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh.
Pengalaman App Lebih Mantap untuk Semua
Goh turut
menjelaskan bahawa langkah berkenaan juga akan memberi kesan positif serampang
tiga mata kepada pelanggan, rakan restoran dan penghantar, yang menawarkan
pengalaman app intuitif secara menyeluruh.
Pertama, pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan
makanan. Sejak dilancarkan, jumlah rakan restoran GrabFood telah berkembang
daripada beberapa ratus kepada beribu-ribu restoran kegemaran hari ini. Tambah
mengujakan lagi, GrabFood turut mengalu-alu penglibatan lain-lain rakan eksklusif seperti Village Park Restaurant, Humble Chef, Murni
Discovery, Salad Atelier, Texas Chicken dan banyak lagi, yang bakal
menganggotai senarai rakan restoran yang pasti memeriahkan lagi app ini.
Lain-lain manfaat
untuk dinikmati pelanggan:
●
Boleh menyemak serta-merta promosi terkini dan senarai restoran
terbabit pada homescreen GrabFood.
●
Mengakses maklumat utama berkaitan restoran seperti waktu tutup, penarafan
oleh para pelanggan lain dan jarak ke restoran berkenaan.
●
Menebus dan mengguna baucer GrabRewards dengan selesa - hanya satu klik mudah.
●
Berhubung dengan penghantar secara selesa dan menggunakan
GrabChat secara percuma untuk menyemak pesanan atau memberikan menyedia
arahan khas seperti “Sila bunyikan loceng pintu.”
Rakan restoran pula boleh
mengakses langsung kepada jutaan
pengguna Grab di Malaysia. Ini penting khususnya kepada usahawan kecil dan
yang beroperasi dari rumah, yang sebelum ini tidak memiliki peluang untuk
mengembang perniagaan melangkaui ruang niaga sedia ada.
“Rakan peniaga akan
dibekalkan akses kepada pangkalan pelanggan yang lebih luas. Pastinya mereka
bakal menerima lebih banyak pesanan. Namun ketika waktu puncak, khususnya bagi
kalangan peniaga makanan, mereka punya pilihan fleksibel untuk mengurus
restoran dalam talian. Contohnya, mereka boleh memilih untuk ‘tutup sementara
waktu’ ketika dapur terlalu sibuk. Hal ini dapat menghindar waktu menunggu
terlebih masa yang boleh menjejaskan pengalaman pelanggan,” jelas Goh lagi.
Sejak dilancarkan,
kesemua restoran yang tersenarai dalam Grabfood telah mencatat peningkatan
pendapatan antara 10 hingga 20%. Lebih-lebih lagi dengan penggabungan GrabFood
dalam app Grab nanti, pesanan penghantaran bakal meningkat sekurang-kurangnya 2
x ganda!
Peningkatan pesanan
bagi restoran ini bermakna armada rakan penghantaran GrabFood juga bakal
menikmati perolehan lebih tinggi. Ribuan
rakan penghantar GrabFood sangat teruja dengan pengalaman terbaru yang bakal
dihidangkan oleh app ini, dan mereka memang sentiasa bersedia memberi khidmat
terbaik kepada para pelanggan. Mereka sangat teruja untuk penggunaan app
terbaru ini kerana ia memberi mereka pandangan yang lebih autonomi terhadap
jumlah pendapatan. Ini akan membolehkan mereka mengurus perbelanjaan harian dan
simpanan mereka dengan lebih baik dan mempunyai lebih banyak kawalan dalam
membina kehidupan yang lebih baik.
Ku Mohd Zulizy Ku Ibrahim telah menjadi rakan penghantar GrabFood sejak waktu awal percubaan
lagi. Beliau merupakan rakan penghantar paling aktif yang sehingga kini telah
membuat lebih 5,000 penghantaran.
“Antara perkara yang memberi saya inspirasi untuk terus memberikan khidmat
terbaik sebagai penghantar adalah kerana GrabFood sering meluangkan masa untuk
mendengar keluhan dan prihatin tentang masalah yang kami hadapi. Mereka memberi
respon kepada saranan yang kami utarakan. GrabFood juga mengambil berat
terhadap kebajikan kami. Bahkan ia turut menyediakan kawasan rehat sejenak
(pit-stop) untuk kami berehat\ ketika sibuk membuat penghantaran. Selain itu,
syarikat pengendali GrabFood turut mengagih baju hujan dan topeng muka untuk
membantu kami laksana tugasan ketika cuaca ekstrim di samping menyedia insentif
senggara motorsikal pada kos diskaun.”
GrabFood Meluaskan Capaian
Kini sudah masuk
tahun kedua Grab melaksana khidmat penghantaran makanan serentak di lain-lain
bandar raya seperti Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kuching dan
Kota Kinabalu. Oleh demikian, para penggemar makanan boleh bertenang,
santai dan dapat menikmati hidangan dari restoran kegemaran masing-masing yang
dihantar terus kepada mereka.
Penghijrahan secara
progresif app GrabFood ke dalam app Grab bermula 17 April ini manakala
perkhidmatan GrabFood di lima bandar raya lain itu pula akan membuka tirai
bermula 22 April 2019.
“Penghijrahan dan
perkembangan ke lima bandar raya lain akan disempurnakan menjelang pertengahan
Mei dan para pelanggan akan mendapat butiran mutakhir dan maklumat penambah
baikan berterusan. Kami mengalu-alukan sebarang maklum balas dan saranan para
pelanggan, terutama dari rakan restoran di lima bandar raya yang baharu lain,
yang turut mendapat perkhidmatan GrabFood,” tambah Goh lagi.
Comments
Post a Comment