LARIAN AXA HEARTS IN ACTION 2019 KEMBALI BUAT TAHUN KE-5



Larian AXA Hearts in Action 2019 kembali untuk tahun ke-5 berturut-turut dengan komitmen teguh untuk memperjuangkan 5 tujuan amal dan menawarkan pengalaman larian yang lebih mencabar. Larian ini akan bermula di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 21 Julai 2019 dan ini akan menjadi tahun pertama di mana kategori separuh maraton diperkenalkan untuk menarik minat pelari yang ingin mengambil bahagian dalam kategori yang lebih mencabar.

Larian AXA Hearts in Action telah berkembang menjadi acara larian yang penting di Malaysia dan telah menarik ribuan pelari setiap tahun untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan menyokong tujuan amal pilihan mereka. Tema tahun ini, "Anda Boleh Membuat Perubahan" mengukuhkan lagi komitmen AXA Affin General Insurance Berhad (AAGI) untuk menjadi rakan kongsi yang sentiasa memberi galakan dan menyokong para pelari untuk memperjuangkan tujuan amal yang penting bagi mereka. 

AXA Affin General Insurance Berhad telah merasmikan Larian AXA Hearts in Action 2019 dan menjemput 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan - WWF-Malaysia, World Vision Malaysia, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia dan Yayasan Jantung Malaysia, duta larian Tahira Aliya dan wakil dari kelab-kelab larian. Larian AXA Hearts in Action 2019 kembali untuk tahun ke-5 berturut-turut dengan komitmen teguh untuk memperjuangkan 5 tujuan amal dan menawarkan pengalaman larian yang lebih mencabar.

"Kami amat tersentuh melihat rakyat Malaysia yang datang beramai-ramai setiap tahun untuk menyokong tujuan amal pilihan mereka. Ini mendorong kami untuk meneruskan larian ini bagi tahun ke-5 berturut-turut, dan tahun ini di Dataran Merdeka dan kami mahu memberikan pengalaman larian yang terbaik kepada para pelari sambil meneguhkan komitmen kami untuk memperjuangkan 5 tujuan amal," kata Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AAGI.

AAGI dan semua pelari akan menyumbang sebanyak RM 100,000 kepada 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan. Setiap tujuan amal diwakili oleh warna kemeja-T yang berbeza dan pelari boleh memilih warna baju kemeja-T mereka berdasarkan tujuan amal pilihan mereka - Alam Sekitar, Kanak-kanak, Buah Pinggang, Kanser atau Jantung. Pelari juga akan menikmati dan mempelajari tentang 5 tujuan amal dengan lebih lanjut bersama keluarga dan rakan mereka melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang pada hari tersebut. 
  • WWF-Malaysia (Hijau) : Anda Boleh Melindungi Alam Sekitar 
  • World Vision Malaysia (Biru) : Anda Boleh Memperkasa Pemimpin Masa Hadapan 
  • Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (Oren) : Anda Boleh Menjaga Buah Pinggang Anda 
  • Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (Ungu) : Anda Boleh Menghalang Kanser Sebelum Berlaku 
  • Yayasan Jantung Malaysia (Merah Jambu) : Anda Boleh Kekal Aktif, Kekal Berdegup 

Larian di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

21km (Lelaki & Wanita): RM90 setiap pelari
12km (Lelaki & Wanita): RM70 setiap pelari
6km (Dewasa): RM60 setiap pelari; RM40 setiap pelari (Kanak-kanak berusia 3 – 12 tahun)

Larian Maya 

21km (Lelaki & Wanita): RM75 setiap pelari
12km (Lelaki & Wanita): RM55 setiap pelari
6km (Dewasa): RM45 setiap pelari

Pelari yang tidak dapat hadir pada hari larian boleh menyertai kategori Larian Maya dan berlari di mana-mana lokasi yang mudah bagi mereka, pada bila-bila masa bermula 21 Julai 2019 sehingga 28 Julai 2019. Mereka hanya perlu memaklumkan jarak dan masa larian mereka ke submission@fbgroup.asia untuk mendapatkan pingat dan beg perlumbaan. 

Pendaftaran untuk Larian AXA Hearts in Action 2019 kini dibuka di https://www.axa.com.my/axa-hearts-in-action-run. Setiap pelari akan menerima gelang aktif percuma. Pelari yang mendaftar sebelum 1 Mei 2019 akan menikmati diskaun RM5 untuk yuran pendaftaran mereka. Makluman terkini boleh didapati di laman Facebook AXA Affin Insurance Malaysia.


 

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!