LIRIK ‘MELURUH’ MENGISAHKAN KEHIDUPAN DATIN ALYAH



Pada 2018 yang lepas, Datin Alyah atau mesra disapa Alyah telah memuatnaik teaser yang menunjukkan beliau sedang merakamkan single terbaru. 2019 menjadi taruhan Alyah untuk single terbarunya yang diberi nama ‘Meluruh’. Single ini mula terhasil pada Disember 2018 sebelum Datin Alyah berangkat menunaikan umrah ke Tanah Suci Makkah. 

Idea asalnya tercetus pada satu petang ketika Alyah sedang memandu dalam hujan lebat. Tiba-tiba Alyah mendapat ilham suatu melodi yang indah sekali gus beberapa barisan lirik. Tanpa membuang masa, Alyah terus menghubungi penulis lirik, Slen dan meminta finalis AJL32 itu untuk menyiapkan keseluruhan lirik terbabit mengikut tuntutan melodi single berkenaan yang belum bertajuk. 

Dalam masa yang agak singkat, Slen berjaya menulis senikata lagu itu berdasarkan pengalaman hidup Slen sendiri, Alyah serta orang-orang yang pernah Slen kenali. 

Disebabkan kemampuan Alyah begitu terserlah dalam mendendangkan lagu kemelut cinta bergenre balada seperti Tak Mungkin Kerna Sayang, Kisah Hati, Sesal Separuh Nyawa dan Jutaan Purnama, lalu Slen pun cuba menukilkan sebuah lirik yang melankolik agar meninggalkan impak yang amat besar buat para pendengar. 

“Justeru, lahirlah Meluruh yang menyentuh tentang soal hati seorang insan yang tidak menerima layanan seadilnya daripada orang-orang yang disayanginya. Sekalipun apa yang dilaluinya begitu berat dan pedih namun itu tidak akan menghancurkan dirinya dan dia enggan membiarkan dirinya kecundang dan meluruh,” jelas Slen. 

Apabila melodi dan lirik ‘Meluruh’ telah pun siap, Alyah terus meminta khidmat award-winning komposer dan penggubah handalan, Helen Yap untuk menyusun muzik ‘Meluruh’. Akhirnya Helen berjaya memberikan sentuhan emasnya dengan menambah baik irama ‘Meluruh’ dan membuat keseluruhan muzik serta kerja-kerja rakamannya sehingga ‘Meluruh’ menjadi sebuah lagu yang lengkap. 

Ternyata kolaborasi Alyah, Helen serta Slen begitu serasi dan mereka saling melengkapi untuk berkarya demi merealisasikan sebuah lagu balada yang dijangka akan menaikkan lagi nama Alyah di persada seni. 


‘Meluruh’ merupakan single terbitan Warner Music Malaysia dan boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula 19 April 2019. 

Pautan untuk ‘Meluruh’: https://wmm.lnk.to/meluruh


Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO