MITEC BAWAKAN CITARASA 5 KAMPUNG RAMADAN INI



Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia atau Malaysia International Trade & Exhibition Centre’s (MITEC) bakal membawakan 5 citarasa kampung kepada anda di bulan Ramadan ini! Hidangan bufet Buka Puasa ini bakal menampilkan pelbagai juadah yang enak dan segar untuk menambat selera anda setelah seharian berpuasa. 


“Kami akan membawa nostalgia lima hidangan kampung yang menjadi kegemaran ramai di M.I.T.E.C iaitu Sup Tulang Merah dari Kampung Melayu Majidee, Johor; Daging Kerutup dari Kampung Ira, Pahang; Asam Pedas Ikan dari Kampung Tujuh, Melaka; Gulai Kawah Daging Pisang Muda dari Kampung Ekor Kucing, Kedah dan Ayam Percik dari Kampung Chepa, Kelantan,” kata Chef Chiew Chee Mun, Chef Eksekutif MITEC.

Mi Rebus

Asam Pedas Claypot

Ayam Percik

Ikan Bakar

Nasi & Kari Dhal

Rendang Kambing

Sup Tulang Merah

Asam Laksa

Kari Kepala Ikan

Daging Kerutup

Mulakan pengembaraan gastronomi anda dengan pelbagai pembuka selera yang enak seperti Gado-gado, Ketupat, Lemang, Nasi Impit, Bergedil, Rojak buah-buahan dan aneka jeruk. 


Kepada yang gemarkan Kerabu, pilihlah dari pelbagai jenis kerabu tradisional seperti Kerabu Mangga, Kerabu Taugeh, Kerabu Kacang Panjang, Kerabu Daging, Kerabu Soo Hoon Cendawan Hitam dan Kerabu Sarea. 





Menurut Chef Chiew lagi, antara hidangan Ramadan yang wajib dicuba adalah Signature Kari Kalut, Kambing Golek, Udang Masak Mentega, Siput Sedut Lemak, Rendang Kambing dan Bubur Lambuk.

Signature Kari Kalut

Kambing Bakar


Nasi Oriental dengan Kambing Bakar

Udang Mentega


“Hidangan kampung tidak lengkap tanpa ulam-ulam. Jadi, kami juga menghidangkan ulam-ulam segar seperti daun selom, ulam raja, kacang botol, petai, daun pegaga, jering terung pipit, jantung pisang, pucuk ubi, tenggek burung dan daun gajus untuk dinikmati dengan pelbagai jenis sambal," tambah Chef Chiew. 

Ulam-ulam
Gado-gado

Sebagai pelengkap hidangan, cubalah manisan pencuci mulut seperti Kuih Melayu, Puding Roti, Bubur Pulut Hitam, Bubur Gandum, Ais Kacang, Cendol dan Serawa Durian.

Buah-buahan Segar



ABC/ Cendol

Goreng-gorengan

Turut dihidangkan adalah minuman penghilang dahaga yang menyegarkan seperti Kordial Punch, Ros Bandung, Asam Boi, Air Teh Bunga dan banyak lagi.

Para pengunjung beragama Islam boleh menikmati hidangan dari semua tujuh dapur MITEC tanpa was-was kerana semuanya telah mempunyai sijil halal daripada JAKIM. 

Promosi Iftar korporat (untuk 100 orang dan ke atas), boleh didapati setiap hari sepanjang bulan Ramadan, dengan harga dari RM128 ++ seorang. Dengan dua pilihan menu yang boleh diubahsuai mengikut selera, pelanggan mempunyai pilihan untuk menambah tujuh gerai termasuk Dusun Durian di Venue’s Oval Garden.


MITEC mempunyai lebih 1,400 tempat letak kereta, termasuk untuk pemandu berlainan upaya dengan kemudahan lif ke Dewan 5 di Aras 2.

Selain daripada lokasi yang strategik, MITEC juga menawarkan kemudahan untuk tetamu beragama Islam seperti surau yang lengkap dengan sejadah dan selipar untuk kegunaan wuduk bagi mereka menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.


Tempahan awal adalah digalakkan. Untuk tempahan, sila hubungi talian +603 6206 0100 (Bibi) atau emel ke sales@mitec.com.my

Laman web rasmi: https://mitec.com.my/bm/

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI