SINOPSIS SLOT IRIS TV3: KERETA SEWA LAKONAN HAIRI SAFWAN



Inginkan waktu kerja yang fleksibel dan mendapat keuntungan dengan mudah, Hairi Safwan kini mengendalikan perniagaan kereta sewa kerana tidak mahu bekerja tetap. Walaupun nampak mudah, tetapi Hairi perlu berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan. Ragam-ragam pelanggan Hairi ini dapat dilihat dalam drama terbaharu slot Iris iaitu Kereta Sewa yang telah mula bersiaran pada 9 April 2019. 

Drama yang dilakonkan oleh Hairi Safwan dan Amyza Aznan sebagai pelakon utama ini mengisahkan mengenai Ramli yang mempunyai perniagaan kereta sewa. Dia sangat menyayangi kereta yang dimilikinya itu kerana itu lah satu - satunya punca pendapatan Ramli. Setiap episod dalam siri ini akan menceritakan ragam pelanggan yang menyewa kereta Ramli. 


Antara ragam penyewa kereta Ramli adalah seorang gadis cantik yang mahu menyewa kereta Ramli tetapi dia tiada lesen memandu. Ramli terpaksa menjadi pemandu gadis berkenaan dalam membantu gadis itu mengintip bakal tunangnya yang disyaki curang. 


Tidak cukup dengan itu, Ramli juga dikejutkan oleh rakan sekampungnya, Bell yang datang ke rumah untuk meminjam kereta bagi membawa isterinya, Shery yang hendak bersalin. Perjalanan menjadi kelam kabut apabila mereka tersangkut dalam kesesakan jalanraya akibat kemalangan. Mereka terpaksa menggunakan jalan alternatif yang jauh. Ramli akhirnya terpaksa menjadi bidan terjun bersama-sama Bell untuk menyambut kelahiran bayi itu. 


Pelbagai lagi ragam pelanggan Ramli antaranya, pasangan yang ingin kahwin lari dengan meminjam kereta Ramli, rombongan kumpulan marhaban menggunakan kereta Ramli, bayi dijumpai dalam kereta Ramli dan kisah gadis misteri yang menghubungi Ramli untuk menyewa keretanya di tengah malam! 


Bukan mudah rupanya menguruskan kereta sewa, macam-macam karenah pelanggan yang Ramli jumpa sejak memulakan perniagaan kereta sewanya itu. Ada juga pelanggan Ramli yang terisi minyak diesel hingga menyebabkan keretanya rosak dan menyebabkan dia lebih berwaspada untuk bagi sewa keretanya. Adakah Ramli dapat menyelesaikan masalah yang dibuat oleh setiap pelanggannya?


Jangan terlepas setiap episod Kereta Sewa dengan kemunculan pelakon-pelakon popular seperti Izzue Islam, Keith Foo, Nina Iskandar, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila dan ramai lagi setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang hanya di TV3!

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING