TONTONI HBO ORIGINAL GAME OF THRONES DENGAN PAS ISTIMEWA



Musim ke-lapan dan terakhir sensasi dunia, Game of Thrones, hampir di hujung jari untuk tayangan perdananya pada masa yang sama dengan U.S., pada 9pagi, Isnin, 15 April 2019 dengan ulangan pada hari sama pada 10malam, hanya di HBO melalui Astro (Saluran 411/ 431 HD), Astro on demand, Astro GO dan NJOI Now. Episod baru akan ditayangkan setiap hari Isnin pada masa yang sama.

Buat kali pertama, melalui Pas istimewa HBO Game of Thrones, semua warga Malaysia termasuk yang bukan pelanggan Astro, boleh menikmati Game of Thrones dan juga tajuk-tajuk terkenal lain seperti The Handmaid’s Tale, program HBO Original seperti Westworld, True Detective and Silicon Valley, Sharp Objects, dan tajuk-tajuk terkenal di pawagam. Pas HBO Game of Thrones ini juga yang membenarkan peminat menonton semua musim Game of Thrones termasuk musim terakhir, tanpa tapisan melalui Astro on demand. 

Pas HBO Game of Thrones boleh didapati untuk 30 atau 60-hari bermula dari RM26.50 (termasuk 6% SST). Pembelian dibuka dari sekarang sehingga 31 Mei 2019 seperti dibawah:
Pelanggan boleh akses ciri ‘Parental Control’ Astro untuk mengawal program yang disiarkan di TV: HBO (CH 411/HD 431) dan on demand.


Tontoni tayangan perdana pada masa yang sama dengan U.S. pada hari Isnin, 15 April 2019, 9 pagi di Malaysia, dengan ulangan pada 10 malam pada hari sama, hanya di HBO melalui Astro (Saluran 411/ 431 HD), Astro on demand, Astro GO dan NJOI Now. Episod baru akan ditayangkan pada setiap hari Isnin pada masa yang sama.

Tontoni tanpa tapisan di mana sahaja melalui on demand, pada bila-bila masa selepas tayangan perdana, melalui PVR yang disambungkan, Astro GO atau NJOI Now.

“Kami bertuah menjadi tuan rumah Malaysia untuk tajuk HBO ini yang memenangi pelbagai anugerah, Game of Thrones, sambil memberi peminat GoT peluang untuk menonton bersama tayangan perdana seluruh dunia. Peminat juga boleh menonton tanpa tapisan melalui Astro on demand. Kami berterima kasih kepada HBO untuk sokongan berterusan mereka selaku salah satu daripada saluran rakan kongsi perintis di Astro dan memuji mereka untuk ketekalan mereka dalam bercita-cita tinggi untuk menghasilkan kandungan premium yang kami dapat menawarkan semua warga Malaysia.” - Agnes Rozario, Pengarah, Kandungan, Astro

“Bersama Astro, HBO Asia teruja membawa musim terakhir tayangan perdana dunia yang dinanti-nantikan untuk fenomena global yang dikenali sebagai GAME OF THRONES untuk penonton di Malaysia. Kami ingin berterima kasih kepada Astro untuk sokongan dan hubungan sebagai rakan kongsi selama bertahun-tahun ini demi membawa program-program Hollywood yang terbaik dan berkualiti tinggi kepada penonton di Malaysia.” - Yasmin Zahid, Ketua ‘Sales & Affiliate Marketing’, HBO Asia 


MENANGI HADIAH EKSKLUSIF

Sebagai platform siaran rasmi Game of Thrones di Malaysia, Astro menawarkan hadiah eksklusif Game of Thrones kepada peminat-peminat melalui pertandingan di media sosial, termasuk: 
  • Cari Viserion the Dragon di lokasi sekeliling Lembah Klang; dan,
  • Cabaran mingguan di laman media sosial rasmi Astro.
Untuk maklumat lanjut, sila layari astro.com.my/hbogameofthrones

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA