ULASAN FILEM: HELLBOY 2019 - LEBIH GANAS, LEBIH GARANG
Filem Hellboy (2019) adalah sebuah adaptasi komik dengan watak utama yang membanteras kejahatan. Namun, Hellboy bukanlah seorang adiwira dan komik ini bukanlah komik yang biasa-biasa.
Walaupun terdapat dua filem Hellboy sebelum
ini, Hellboy (2004) dan Hellboy: The Golden Army (2008), filem terbaru ini
adalah sebuah reboot dan jalan cerita baru yang tidak berkaitan dengan kedua
filem tersebut.
Diarahkan oleh Neil Marshall, filem Hellboy (2019) dibintangi
oleh David Harbour sebagai watak Hellboy, disokong oleh Milla Jovovich, Ian
McShane, Sasha Lane, Daniel Dae Kim, dan Thomas Haden Church.
Dicipta oleh Mike Mignola, Hellboy adalah
satu watak berkulit merah separuh manusia dan separuh syaitan yang mempunyai
konflik dalaman kerana asal-usulnya. Tanduk yang tumbuh di kepalanya telah
dipotong kerana Hellboy dibesarkan oleh manusia, tetapi ciri-ciri syaitan masih
berada dalam darahnya.
Bersama bapa angkatnya, Hellboy (lakonan David Harbour dari
siri drama seram Stranger Things) memburu entiti jahat seperti gergasi, ahli
sihir buta, jelmaan khinzir dan penjahat utama dalam filem ini, Blood Queen
Nimue (Milla Jovovich).
Hellboy (2019) mengisahkan kebangkitan
seorang ratu sihir, Nimue dari zaman King Arthur cuba memusnahkan dunia dengan
menyeru bantuan dari makhluk-makhluk ghaib. Sebelum ini, badan Nimue telah dipotong
kepada beberapa bahagian dengan menggunakan pedang Excalibur milik King Arthur.
Bahagian badannya telah disembunyikan di tempat-tempat yang berbeza di England.
Namun, dengan bantuan seekor khinzir jelmaan, bahagian badan Nimue dapat
disatukan semula. Apabila Nimue mendapat kuasanya semula, beliau cuba menamatkan
misi lampaunya untuk menghapuskan umat manusia. Hellboy dengan bantuan seorang ahli
psikik, Alice Monaghan dan bekas tentera yang mempunyai kuasa ajaib, Daimo cuba
menyelamatkan dunia dari kemusnahan.
Dari pembukaan filem yang memaparkan seekor
gagak mencungkil mata dari mayat yang bergelimpangan, anda akan rasa yang filem
ini bukanlah filem biasa-biasa. Tahap keganasan yang ditampilkan adalah “over-the-top”
dan tidak sesuai untuk tontonan golongan bawah 18 tahun.
Aksi ngeri yang
ditampilkan dalam Hellboy diarahkan oleh Neil Marshall, yang terkenal dengan
filem seram sepeti The Descent dan Doomsday. Beliau juga terlibat dengan pengarahan
dua babak pertempuran di dalam siri Game of Thrones.
David Harbour melakonkan watak manusia separuh
syaitan, Hellboy dengan baik sekali, walaupun tidak dikenali di bawah timbunan
mekap merah yang garang. Gurauan kasar yang dicampurkan dengan keganasan dan kengerian memang
menjadi.
Kesimpulannya, filem Hellboy 2019 adalah amat berbeza dengan versi
sebelumnya – lebih ganas dan lebih garang!
Filem Hellboy sedang rancak ditayangkan di pawagam sekarang! Edaran TGV Pictures.
Filem Hellboy sedang rancak ditayangkan di pawagam sekarang! Edaran TGV Pictures.
Comments
Post a Comment