BMW DAN MINI MALAYSIA PERKENAL LIPUTAN LANJUTAN 1 TAHUN



BMW Malaysia dan MINI Malaysia telah mengambil peluang pada hari ini untuk merungkaikan liputan yang dilanjutkan selama 1 tahun untuk Program Inklusif Servis + Pembaikan (Service + Repair Inclusive Programs) bagi kenderaan BMW dan MINI baharu yang dibeli mulai hari ini sehingga 30 Jun 2019. 

Tawaran tersebut kini memberikan pemilik 6 Tahun Waranti Perbatuan Tanpa Had dengan Program Servis Berjadual Percuma bagi semua kenderaan BMW serta Inklusif Servis MINI (MINI Service Inclusive) 5 tahun/tanpa had perbatuan dan Inklusif Pembaikan MINI (MINI Repair Inclusive) 5 tahun/tanpa had perbatuan bagi kenderaan yang dibeli untuk musim perayaan ini. 

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, En. Harald Hoelzl berkata, “Pelanggan merupakan nadi yang menggerakkan BMW Group Malaysia, ia meliputi pengalaman pemilikan terbaik yang ditawarkan sehinggalah ke perkhidmatan kelas pertama. Dengan semangat musim perayaan yang bakal tiba, kami berasa teruja untuk menyampaikan program-program eksklusif ini kepada pelanggan setia BMW dan MINI serta membawakan Pengalaman Pemilikan Premium yang menyeluruh. 

Skop perkhidmatan yang ditawarkan bersama program waranti lanjutan ini sejajar dengan status Servis Berasaskan Kondisi BMW (BMW Condition Based Service) dan ia merangkumi pemeriksaan kenderaan, penukaran minyak enjin, serta servis untuk penapis udara, penapis bahan api, penapis mikro, palam pencucuh dan bendalir brek. 


Tawaran eksklusif ini boleh didapati bagi semua pembelian kenderaan BMW dan MINI dengan pendaftaran JPJ yang bertarikh dalam tempoh program tersebut bermula hari ini sehingga 30 Jun 2019. Di samping itu, program Inklusif Servis MINI (MINI Service Inclusive) 5 tahun/tanpa had perbatuan dan Inklusif Pembaikan MINI (MINI Repair Inclusive) 5 tahun/tanpa had perbatuan juga boleh didapatkan oleh pelanggan pakej gerombongan (fleet packages), kenderaan dikecualikan duti, program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) serta Program Kepulangan Pakar (REP). 

Sepanjang tempoh kempen ini menerusi promosi, ‘BMW ChargeNow Promo’, pemilik baharu mana-mana kenderaan BMW iPerformance akan menerima kabel pengecasan pantas BMW (BMW i AC Fast Charging Cable) dan kad BMW ChargeNow, yang memberikan akses langsung ke atas stesen pengecasan rakan kongsi BMW seperti ChargEV oleh Malaysian Green Technology Corporation. Dengan servis BMW ChargeNow, pengguna dapat menikmati bantuan 24/7 dan akses terhadap lokasi-lokasi pengecasan dalam rangkaian ChargEV yang kian berkembang, ia kini menawarkan lebih daripada 270 fasiliti pengecasan di seluruh negara. Tambahan lagi, pemilik BMW 740Le dan BMW X5 xDrive40e juga akan menikmati BMW i Wallbox Plus dan BMW i AC Fast Charging Cable secara percuma dengan promosi, ‘BMW i Wallbox Promo’. 

Maklumat lanjut mengenai pakej waranti ini yang bertempoh masa terhad boleh didapati daripada semua pengedar bertauliah, BMW Voice melalui talian 1800-88-3000, serta di www.bmw.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI