BRAND’S® BERI KEBAIKAN KEPADA IBU MENGANDUNG DAN MENYUSU



Seramai lebih daripada 100 ahli farmasi daripada rangkaian kedai farmasi utama bersama-sama dengan tetamu jemputan yang lain, hadir pada suatu sesi dialog yang berlangsung selama 2 hari berturut-turut. Sesi tersebut telah diketuai oleh Dr. Jack Wong Jing Lin, Saintis Kanan, BRAND’S® Suntory International. 

Menurut Dr. Wong, pengambilan meminum Sari Pati Ayam BRAND’S® bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan dan minda yang boleh membantu mengurangkan keletihan serta meningkatkan konsentrasi, malah ianya juga memberi kebaikan yang tinggi nilainya kepada para ibu yang menyusukan bayi. 

“Sari Pati Ayam BRAND’S® telah dikaji secara menyeluruh dan disokong oleh lebih 40 kertas saintifik antarabangsa serta kajian klinikal, yang juga telah terbukti boleh meningkatkan kualiti kolostrum serta membantu meningkatkan kuantiti susu ibu,” kata Dr. Wong.

“Selain daripada itu, seperti yang kita semua ketahui, makanan ruji rakyat Malaysia adalah nasi dan roti, maka kami mempunyai kajian yang menunjukkan dengan pengambilan meminum Sari Pati Ayam BRAND’S®, ianya boleh membantu mengurangkan kadar tindakan glycemic seseorang individu di samping menikmati pemakanan nasi atau roti. Ini adalah sangat berguna kepada orang ramai yang prihatin terhadap penjagaan kadar penjagaan gula dalam tubuh mereka,” tambah beliau. 

Sari Pati Ayam BRAND’S® adalah sebuah produk kegemaran dan berdasarkan kepercayaan dan secara pengalaman sejak sekian lamanya terutama sekali di kalangan generasi yang lebih berusia. Bagaimana pun, para pengguna hari ini lebih berwaspada serta memerlukan bukti yang kukuh untuk mereka mempercayai sesuatu produk tersebut sama ada ianya selamat dan berguna untuk diminum. 

Ketika sesi tersebut berlangsung, para tetamu juga turut diperkenalkan dengan Sari Pati Lutein BRAND’S® oleh Dr. Tan Zhen Wei, Saintis Kanan BRAND’S® Suntory International. Sari Pati Lutein BRAND’S® adalah satu minuman tonik kesihatan dalam pasaran yang terhasil berdasarkan sains dan telah terbukti boleh membantu meningkatkan pigmen makula yang sangat penting untuk menapis cahaya biru dalam mata.

“Rakyat Malaysia terdedah kepada penggunaan peralatan digital sekurang-kurangnya 14 jam sehari dengan kadar sebanyak 89% penggunaanya seawal bangun pagi serta sebelum tidur. Sari Pati Lutein BRAND’S® membantu untuk memelihara mata dari pendedahan yang berlebihan kepada cahaya biru melalui penggunaan peralatan elektronik pada jangkamasa yang berlanjutan yang boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit ketegangan mata kesan daripada penggunaan peralatan digital ini seperti keletihan mata, mata menjadi kering dan penglihatan menjadi kabur,” kata Dr. Tan. 

Sari Pati Lutein BRAND’S® mengandungi dua nutrient penting untuk mata iaitu Lutein dan Zeaxanthin, yang mana kedua-duanya telah terbukti membantu meningkatkan pigmen makula yang berfungsi untuk menapis cahaya biru dalam mata.

Kesemua produk BRAND’S® adalah berdasarkan sains dan telah dibuat kajian serta telah diwartakan dalam pelbagai jenis risalah. BRAND’S® kini mengambil langkah ke hadapan dengan mengadakan sumber informasi secara online dengan melancarkan sebuah laman sesawang yang dipanggil BRAND’S® Health Enrichment Centre (www.BHEcentre.com), pada bulan hadapan. 

Laman ini bermatlamat untuk menterjemahkan pengetahuan saintifik menjadi sebuah pengetahuan praktikal serta sumber gaya hidup bagi membantu para ahli professional bidang kesihatan juga para pengguna mempunyai tahap kesihatan yang optimum.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN