GANDINGAN LUAR BIASA KONSERT HUJAN X MASDO



Peminat-peminat lagu alternatif rock tanahair digegarkan oleh konsert Hujan X Masdo yang berlangsung di MAEPS Serdang, Sabtu lepas. Kolaborasi pertama dalam konsert berskala besar buat kedua-dua kumpulan ini menampilkan hampir 30 lagu dalam masa dua jam, di bawah arahan musik AG Coco. 

Di antara segmen-segmen khas yang mendapat sorakan gempita daripada para peminat adalah persembahan ‘mash-up’, ‘battle of the bands’ Hujan vs Masdo, set Disko dan juga ‘strip down’. 

Tidak ketinggalan juga adalah persembahan lagu-lagu popular Hujan dan Masdo. Terdapat juga segmen tribut yang ditujukan khas buat dua kumpulan yang sama-sama berjuang di peringkat awal pembabitan mereka dalam dunia muzik ‘indie’ iaitu Laila's Lounge & Komplot. 

Laila's Lounge diberi segmen tribut kerana di awal era muzik indie, lagu-lagu dari kumpulan ini menjadi lagu wajib buat penggerak muzik indie di sekitar awal tahun 2000 manakala Komplot pula merupakan antara kumpulan yang aktif dalam pergerakan muzik indie ketika itu. 

Tribut ini juga adalah untuk memberi penghormatan kepada vokalis Komplot yang sudah meninggal dunia iaitu Allahyarham Azrafe Zaky. 

Penerbitan Konsert HujanXMasdo lahir daripada kerjasama di antara GBAM PRODUCTION SDN BHD & CST PRODUCTION SDN BHD dan disokong Fork & Spoon Entertainment.








Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

JOM MERIAHKAN EVERSE 2026: ALAMI GABUNGAN UNIK PELANCONGAN, TEKNOLOGI DAN HIBURAN MENARIK!

ASTRO MEMACU PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL YANG SELAMAT DAN BERETIKA DALAM KALANGAN REMAJA MENERUSI SIRI TEKNOTHRILLER ‘MAARA’

FESTIVAL WARISAN SELERA SELATAN 2026 KEMBALI LEBIH MERIAH, BAWAKAN HAMPIR 200 HIDANGAN ISTIMEWA TRADISI JOHOR, MELAKA & NEGERI SEMBILAN

TV ALHIJRAH LANCAR BINCANG NIAGA 2026 BAGI MEMPERKASA USAHAWAN DAN SME TEMPATAN