"INDAHNYA RAYA" DI DA MEN MALL, SUBANG JAYA
Da Men Mall meraikan pengunjung dengan sambutan perayaan serta hiasan yang tidak dapat dilupakan, diilhamkan dari kehalusan Beg Anyaman gaya Malaysia dan usahasama eksklusif dengan watak komik tempatan Pocotee & Friends.
Rasai kemeriahan "Indahnya Raya" yang bermula sekarang hingga 9 Jun nanti
di mana Beg Ayaman akan mencuri tumpuan, membawakan sulaman dengan kisah yang tersendiri.
Penampilan watak kesukaan ramai Pocotee & Friends pula menyuntik suasana mesra di pusat beli-belah ini.
Bawa seisi keluarga anda untuk menikmati
pelbagai tarian, muzik dan persembahan lainnya.
Musim beli-belah barangan keperluan perayaan
Pengunjung akan disambut oleh pelbagai cenderahati ketika mereka membeli-belah di reruai promosi
istimewa yang terdiri daripada bingkisan Raya, sabun buatan sendiri, kuih-muih, barangan kosmetik, baju
Raya dan banyak lagi.
Ganjaran dengan tuntutan
Sepanjang musim perayaan ini, dengan kerjasama Public Bank, pengunjung akan diberikan ganjaran apabila
mereka membelanjakan RM50 (RM40 bagi pemegang kad Public Bank) dalam satu resit. Mereka akan
menerima satu set paket Raya edisi istimewa Pocotee & Friends.
Sebagai tambahan, pengunjung juga boleh
menyertai Peraduan Pusing & Menang untuk memenangi baucar dan cenderahati menarik lainnya.
Tuntutan boleh dibuat di Kaunter Pertanyaan, tingkat bawah. Terhad kepada dua (2) tuntutan bagi setiap
pengunjung setiap hari, selagi stok masih ada dan mesti dibuat pada hari yang sama dengan pembelian.
Meraikah kemeriahan bersama keluarga kurang berkemampuan
Sebagai sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial Da Men Mall, pelancaran kempen "Indahnya
Raya" turut diadakan dengan usahasama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bersempena dengan Hari
Ibu pada 11 Mei.
Lebih 130 keluarga kurang berkemampuan dijemput untuk ikut serta. Mereka dihiburkan
oleh tarian dari pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara dan dihidangkan dengan
pelbagai lagi aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan serta pertunjukkan memasak.
Orang-ramai juga
menerima paket Ramadan daripada Da Men Mall, merangkumi pelbagai makanan untuk berbuka puasa
dijalanan yang dengan bermurah hati telah ditaja oleh Kewpie Malaysia, Maggi, Mamee, Mondelēz
International, Nestle and Vel Art.
Comments
Post a Comment