JAKEL LANCAR KOLEKSI RAYA DAN KEDAI ONLINE JAKELSTORE.MY



Pusat gedung tekstil terkenal, Jakel, sememangnya menjadi tumpuan setiap tahun sebagai pusat sehenti buat seisi keluarga untuk mencari kelengkapan pakaian menjelang hari raya. 


Kempen ‘Jakel Barulah Raya’ tahun ini menampilkan koleksi baju raya daripada duta selebriti terkenal seperti Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Ayda Jebat Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Kanak-kanak yang menjadi duta koleksi pakaian raya pula ialah Yusuf Iskandar dan Lara Alana dengan pelbagai rekaan menarik dan comel.


Kesemua koleksi baju raya yang dikeluarkan oleh Jakel mementingkan elemen-elemen utama antaranya pemiIihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi. Gabungan kombinasi ini untuk menyerlahkan lagi personaliti si pemakai agar kelihatan bergaya dan fashionable sesuai dengan trend terkini ”up-to-date”.


Sebuah majlis santai telah diadakan di Wisma Jakel baru-baru untuk melancarkan koleksi "Jakel Barulah Raya". Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel. Majlis ini merupakan aktiviti wajib dalam kalendar promosi untuk memasarkan produk pakaian raya antara Duta Raya Jakel bersama pelanggan.


Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel, berkata konsep membeli belah di bawah satu bumbung yang dipraktikkan bertujuan memudah dan memberi keselesaan buat pelanggan setianya.


Seperti tahun-tahun yang lalu, katanya, Jakel menawarkan kepelbagaian rekaan fesyen terkini buat lelaki, wanita dan kanak-kanak pada harga berpatutan, di samping hadiah percuma. Jakel turut menyediakan koleksi baju Melayu kanak-kanak Upin Ipin seawal usia setahun hingga 12 tahun dengan tawaran samping serta butang Upin Ipin percuma. Pelawak Bocey turut menyertai para duta koleksi Raya Jakel bagi mempromosikan baju raya untuk golongan plus size.


Jakel mementingkan elemen fabrik berkualiti, warna bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas serta rapi bagi menyerlahkan personaliti dan mengikut trend terkini. Buat pertama kali, koleksi baju raya lelaki dan perempuan menampilkan zip di pergelangan tangan (sleeve) untuk memudahkan proses mengambil wuduk.


Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dan khusus yang memberikan kekemasan dan keselesaan. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah ia sememangnya berbeza dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna.


Selain daripada itu, untuk tahun keempat berturut-turut Baju Melayu Awal Ashaari mengekalkan penjualan dalam pasaran dan memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini. Pada tahun ini, koleksi Awal Ashaari lebih memfokuskan kepada potongan, warna dan kualiti fabrik untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh gaya dan keyakinan.


Pada tahun ini Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi baju kurung di bawah Koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha. Berkonsepkan kurung moden, ia bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita berkerjaya yang inginkan penampilan ceria, modern dan mesra Instagram (Instagram friendly) di musim lebaran. Koleksi kurung moden ini turut memberikan sentuhan eksklusif pada setiap rekaan.


Lebih istimewa tahun ini, Jakel merevolusikan koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dengan perincian zip di sisi baju (bahagian pesak) dan di pergelangan tangan (sleeve). Masih mengekalkan konsep moden kontemporari iaitu berpotongan slim-fit yang menekankan kekemasan di bahagian leher dan poket.


Harga koleksi baju Melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma sehelai kain samping beserta butang baju Melayu bagi setiap pembelian sepasang baju Melayu. Ini adalah untuk memudahkan para pelanggan memperoleh set lengkap baju melayu dengan berserta kain samping dan butang baju melayu di bawah satu bumbung Jakel dalam satu masa.


Raya pada tahun ini juga, Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi kurta Hairul Azreen. Jakel sentiasa memenuhi citarasa pelanggan di samping mengikut trend semasa. 

Koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti dan mementingkan keselesaan bila dipakai. la juga dijahit dengan menggunakan fabrik kapas berkualiti di samping mempunyai kekemasan pada potongan leher dan di belakang hahu. Kurta ini turut dilengkapi dengan detailing poket.



Koleksi kurta juga berkonsepkan mesra wuduk di mana bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan tadapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta.


Jakel mengekalkan pengeluaran produk baju Melayu ”plus size” untuk mereka bersaiz besar. Ini membantu mereka yang berbadan besar mendapatkan koleksi baju melayu dan boleh bergaya seperti biasa seperti pelawak, Bocey.


Fesyen kanak-kanak masih dikekalkan dibwah Koleksi Upin lpin. Walaubagaimanapun ia diolah kepada rekaan baharu bersesuaian dengan masa kini. Setiap pembelian koleksi baju melayu Upin lpin yang dijual turut diberi percuma kain samping dan butang baju Melayu.


Jakel turut memberikan keistimewaan kepada si kecil agar tidak terlepas bergaya di Aidilfitri. Oleh itu, Jakel masih meneruskan pengeluaran produk koleksi pakaian kanak-kanak di bawah label Lara Alana dan Yusuf Iskandar.


Koleksi baju raya yang dilancarkan tahun ini adalah bersesuaian dengan golongan sasaran Jakel iaitu untuk semua peringkat golongan umur sama ada muda atau tua. Bagi mereka yang memiliki koleksi pakaian daripada Jakel, pastinya ia dapat menimbulkan aura keanggunan untuk wanita, ciri-ciri maskulin si jejaka dan kecomelan bagi kanak-kanak.

Pelancaran portal membeli-belah online jakelstore.my

JAKELSTOREMY

Pertama kalinya juga, Jakel telah membuka jualan secara atas talian (online). Atas permintaan ramai daripada pelanggan, Jakel telah mewujudkan satu platform atas talian perniagaan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan produk pakaiaan Jakel dihujung jari.

Memandangkan pelanggan Jakel berada di serata negeri, ini menjadikan mereka sukar untuk berkunjung ke Jakel secara flzikalnya. Oleh itu Jakel mengambil peluang untuk membuat satu medium yang membolehkan para pelanggan Jakel berbelanja tanpa sempadan. Kesemua produk Jakel kini ini boleh dibeli menerusi laman jualan online di carian www.jakelstoremy.


TANGGUNG JAWAB SOSIAL KORPORAT

Majlis lebih bertambah erti apabila Jakel turut menjemput golongan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang dan juga dari golongan kelainan upaya (OKU) penglihatan. lni adalah satu platform untuk pihak Jakel mendekati golongan berkemampuan di samping meraikan mereka.

Atas nama kemanusiaan dan keperihatinan Jakel, majlis sosial korporat (CSR) juga dianjurkan untuk membantu golongan ini mendapatkan baju baru untuk sambutan hari raya nanti. Malah Jakel turut menyumbangkan sumbangan duit raya kepada penerima. Usaha ini adalah salah satu cara pihak Jakel membantu mereka yang memerlukan.


Para pelanggan Jakel disarankan agar membeli baju raya duta kesayangan mereka secepat mungkin agar tidak kehabisan stok. Jakel Barulah Raya!


Jangan ketinggalan juga untuk mendapatkan diskaun yang hebat semasa promosi "Happy Hour".  


Untuk maklumat lanjut tentang promosi dan koleksi Jakel Barulah Raya, sila layari www.jakelstore.my dan https://www.facebook.com/jakeltextile/

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!