NIKE REACT PRESTO TAMPILKAN WARNA LEBIH CERIA



Nama Nike Air Presto bukanlah satu yang asing dan silhuet klasik ini kembali dengan versi baru Nike React Presto, menggabungkan gaya klasik Presto dengan teknologi terkini Nike. Ia menampilkan foam yang diperbuat melalui teknologi milik eksklusif Nike React untukmemberikan keselesaan kepada si pemakai. 

Nike menamakan warna-warna berdasarkan karakter seperti mana yang digunakan untuk Presto dahulu (Antaranya - Shady Milkman dan Unholy Cumulus). Nama-nama tersebut adalah diperolehi secara "crowd-sourcing" daripada warga kerja Nike. Kasut Presto merupakan gandingan teknologi canggih dengan jenaka tongue-in-cheek yang menjadi teras kepada Nike React Presto. 



Nike React Presto dengan colorway Brutal Honey dan Rabid Panda telah berada di pasaran pada 9 Mei. Variasi Nike by You yang menampilkan persona klasik seperti Brutal Honey, Rogue Kielbasa, Shady Milkman dan Unholy Cumulus — dengan ruang untuk personalization juga boleh didapati.

Personaliti baru untuk Nike React Presto bakal dilancarkan pada 16 Mei termasuk Psychedelic Lava, Chatty Matador, Breezy Thursday dan Witness Protection.

Kasut Nike React Presto boleh didapati dari semua  kedai Nike yang terpilih dengan harga RM495. 

#NikeReactPresto NikeReact #Nike

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM